Gegarrrrr…20

Siri Parlimen yang gegarrrrr…

Banyak siri gegar yang ditemui adalah datangnya dari siri Bunga Raya untuk syiling Malaysia. Amat jarang malah sukar kita temui siri gegar pada syiling Parlimen samada sebagai MDD apa lagi yang DD. Kali ini duacongkak ingin tunjukkan sekeping syiling dengan nilai mukanya cuma 20 sen siri Parlimen yang ditempa pada 1981.

20 sen 1981 dengan tempaan edaran sebanyak 144,127,993

Muka depan siri Parlimen

Apa yang kita dapat lihat kedua dua imej ini tidak seperti yang dikatakan iaitu Gegarrrrr… Nampak seperti biasa saja dan dimana bahagian yang dikatakan gegar itu.

Kita teruskan pada bahagian keratan.

Keratan pertama dibahagian MALAYSIA.

Cuba perhatikan tanda anak panah pada setiap huruf, kita dapat lihat cetakannya seperti berganda sebagai mana yang pernah diterbitkan dalam siri Bunga Raya sebelum ini. Kelihatan ianya sepeti MDD dan bukannya DD yang diharapkan.

Keratan kedua pada bahagian tanda nilai.

Kita juga dapat lihat kesan berganda pada sesetengah bahagian.

 

Keratan ketiga

Ini pula gambar bahagian kiri dan kanan imej bunga raya. Lihat gambar sebelah kiri juga kelihatan sedikit gegar tapi sebaliknya gambar sebelah kanan tiada sebarang kesan gegaran.

Keratan keempat.

pada tulisan SEN juga terdapat kesan gegaran begitu juga bahagian DOT dan juga angka tahun 1981. Keadaan ini tidak semua terdapat pada syiling tahun 1981, malah dalam simpanan duacongkak sendiri, syiling ini adalah yang pertama ditemui dan belum ada yang keduanya. Oleh kerana ianya nampak cantik dengan imej berganda seperti DD walau pun dalam kategori MDD sudah cukup untuk dijadikan koleksi.

Ops…belum habis lagi.

Imej kelima pada Bulan dan Bintang.

Imej ini perlukan ketelitian yang sebenarnya kerana, dari apa yang duacongkak perhatikan, ianya lebih kepada Double Die ErrorMungkin ada diantara pakar pakar kita dapat membantu menggredkan kedudukan syiling ini memandangkan siri Parlimen amat sukar untuk kita perolehi jenis DD, malah siri MDD pun amat jarang ditemui. Dengan adanya penjelasan pakar sekurang kurangnya dapat juga menjadi petunjuk kepada penggemar Error Coin yang lainnya bagi memenuhi koleksi yang ada dalam simpanan.

Tak gitu…

Apa pun simpannnnn…dulu.

2 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Syiling 20 sen 1981 merupakan spesimen MDD yg jelas dalam siri parlimen..Kita dapat jumpai MDD pada syiling ini terjadi pada kedua permukaan..depankanta berpendapat kesan berganda pada bulan dan bintang syiling 20 sen 1981 adalah kesan MDD,sekiranya kita ada banyak koleksi syiling spt ini kita dapat melihat progress yg terjadi pada MDD ini,perkara ini tak akan berlaku pada syiling DD..
    Terima kasih banyak2 duacongkak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s