Baru baik sakit

Denah di kaki

Beberapa minggu yang lalu duacongkak menghidapi penyakit misteri dimana pada bahagian kaki menjadi merah dan panas. Dalam tempuh dua hari penyakit tersebut melarat hingga hampir sekeliling pergelangan kaki. Akibat dari sakit yang dihidapi menyebabkan badan menjadi lemah dan luaran badan menjadi panas sedangkan bahagian dalaman terasa sejuk gigil.

Oleh kerana tidak tahan dengan demam,, duacongkak tunjukkan pada rakan sekerja dan mereka menyatakan penyakit ini adalah disebabkan oleh DENAH. Apa itu DENAH…?

Lihat gambar dibawah.

 

Sebenarnya keadaan ini terjadi untuk kali yang kedua dalam hidup duacongkak. Kali pertama terkena pada bahagian ” BETIS KERING ” iaitu bahagian atas pergelangan kaki. Pengalaman pertama keadaannya sama dimana akibat dari DENAH tubuh duacongkak panas dan demam. Sebelum buat rawatan di klinik, seorang kenalan datang dan lihat keadaan tempat yang merah dan segera dia katakan bahawa penyakit ini adalah DENAH dan ubatnya kena buat cara tradisional. Petang itu juga dia membawa duacongkak berjumpa dengan seorang dukun untuk mengubati DENAH tersebut.

Cara ubatnya iaitu dengan jampi serapah pada tiga helai sirih pinang kemudian dikunyah dan sembur pada tempat terkena DENAH itu dengan tiga kali secara berasingan. Dua hari kemudiannya demam terus baik dan seminggu kemudian penyakit DENAH pun baik dengan keadaan merah pada betis kering sudah hilang.

Apa bila terkena kali kedua duacongkak sudah tahu apa penyakitnya dan biar dua hari baru pergi jumpa dukun yang sama untuk diubati. Akibat dari melengahkan waktu berubat maka duacongkak terpaksa menahan sakit demam serta bengkak kaki dengan panas yang tidak terperi dirasai. DENAH juga sudah merebak dengan mengelilingi bahagian kaki sebagaimana dalam gambar yang ditunjukkan.

Ada juga yang menyatakan kaki duacongkak terkena KAYAP, apa yang difahami KAYAP adalah sejenis penyakit kulit yang sering terjadi pada pinggang atau pun leher atau dikenali juga dengan KAYAP ULAR dimana sekiranya KAYAP itu merebak dan mengelilingi pinggang atau leher pesakit, maka ianya boleh menyebabkan kematian.  Wallahuaklam. KAYAP sangat gatal dan akan mengeluarkan air bisa sebagaimana KURAP. Oleh itu DENAH amat berbeza dengan KAYAP ULAR atau pun KURAP kerana sesiapa yang terkena dia akan demam dan bahagian sakit terasa panas bila dipegang atau sentuh. Tiada rasa gatal atau pun air bisa.

Dari mana datangnya DENAH?

Sukar untuk dijawab sekiranya dipersoalkan dengan soalan tersebut tapi, dari apa yang duacongkak tahu atau ingat iaitu pada satu malam ketika membuat rondaan di sebuah kampung telah memasuki kawasan kebun kelapa sawit dimana tempat yang tidak pernah dimasuki sebelum ini. Bukan niat mahu mencuri buah sawit sebab harga sekarang cukup mahal, tapi mengikut tuan kebun yang mahu melawat kebunnya takut buah sawit dicuri orang. Mungkin disebabkan tempat tersebut tidak biasa dilawati dan kebetulan duacongkak ada menyusur parit sempadan kebun, kita sama sekali tidak tahu mungkin ada penempatan orang halus maka tersepak atau pun terlanggar dan akibatnya maka terkenalah DENAH pada keesukan malamnya.

Peringatan: Barang siapa yang terkena penyakit ini, jangan sekali kali diurut lebih lebih lagi menggunakan minyak kerana menurut kata orang yang lebih tahu, ianya adalah pantang paling besar dan selepas terkena minyak, penyakit ini amat sukar diubati. Disegi saintifik pula penyakit ini tidaklah duacongkak tahu sebab tidak pernah pergi hospital atau klinik untuk rawatan biar pun sudah dua kali terkena.

Kini sewaktu tulisan ini dibuat, penyakit pada bahagian kaki sudah pergi dan pulih sebagai mana biasa, Alhamdulillah… Serik nak masuk hutan lagi setelah dua kali terkena DENAH tapi apakan daya, entah bila masanya akan menyelinap lagi kedalam hutan.

Apa pun tiap penyakit ada ubatnya…

Advertisements

13 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Alhamdulillah,banyak pengajaran yg dapat diperolehi dari cerita duacongkak ini.Apa pun jangan lupa rujuk juga pada pihak hospital kerana kadang2 kita mengatakan sesuatu penyakit itu misteri tapi bila dirujuk pada hospital mereka ada rekod tentang penyakit tersebut…

    Apa pun kami gembira duacongkak telah kembali keblog,semoga kita terus dapat bertukar info….Salam dan terima kasih banyak2 sdr duacongkak….

    • waalaikomsalam…
      TQ depankanta atas kunjungan dan sedikit nasihat, apa pun keadaan kini sudah pulih seperti biasa cuma sekali sekala mungkin duacongkak akan membuka blog dan muatkan apa yang perlu sebagai perkongsian. Harap bersabar saja memandangkan gambar2 belum diambil lagi.
      Banyak yang sudah ketinggalan dalam entri…apa pun kita tunggu dan bersabar.

  2. salam….
    saya sakit di kaki…. xboleh berjalan…
    doktor xdapat kesan penyakit saya walaupun saya telah melakukan MRI, ujian darah dan x-ray….
    akhirnya doc merumuskan bahawa saluran darah yg paling halus saya tersumbat dan xdapat dikesan melalui MRI…
    tetapi saya telah terjumpa seorg makcik, dan makcik tersebut menyatakan bahawa saya terkena penyakit dena…

    • w.salam…
      dr apa yg sy alami sendiri, sakit denah ni pada bahagian sakit (warna merah) terasa panas bila dipegang…pesakit akan demam. Kalau bahagian merah x panas ada kemungkinan sakit lain. Peringatan: kalau denah jgn sekali2 guna minyak, apa sj jenis minyak x boleh digunakan (kata org), sbbnya sy pun tau.

  3. Salam…suami sy pun mengalami masalah yg sama n telah berulang byk kali walaupun telah berubat tradisional. Bile jumpe doktor, doc juz bgtau jangkitan kuman bwh kulit. Perlu x suami menjalani ujian darah yg lebih terperinci di hospital. Sbb tahun ni dh 4 kali berulang. Kakinye kt betis depan merah n panas bile dipegang. Serentak dengan itu…suami akan demam….panas badannya di luar, tp dia kata sejuk sampai berselimut je. Teknologi moden skang ni xde ikhtiar ke utk merawt sakit ni?

    • W.salam nur…
      Sebenarnya saya x pandai tentang perubatan cuma berkongsi dlm blok ini dgn apa yg sy alami, sekiranya keadaan suami puan nur masih tdk baik…cuba buat rawatan cara tradisional, mungkin ada yg boleh ubatkan dan mungkin jg ianya sama dgnapa yg saya alami iaitu denah. Memang tempa merah tu panas n akan mengalami demam yg teruk, diluar panas didalam sejuk.
      Harap puan nur cuba dapatkan perubatan tradisional plk mn tau kalau2 boleh sembuh.

    • waalaikumsalam…

      saya rasa pengubat denah ini ada dimana2 cuma kita tidak tahu saja, mungkin ditempat tuan yg berdekatan pun ada, cuba tanya rakan2 terdekat. Mungkin mereka tahu pengubat denah cara traditional disekitar tempat tuan. Apakah tuan sudah pasti penyakit tuan adalah seperti apa yg saya gambarkan, kalau sama saya cuma nasihatkan agar jauhkan dari sebarang minyak/urutan. Ini sebab bomoh yg merawat sy bagi nasihat begitu, sbbnya sy sendiri x pasti dan tdk berani mencuba.

      • Assalammualaikum,
        mmg ada pengubat tapi semua tak menggunakan daun sireh,
        memang punca merah ditulang betis tu naik sebab saya sapu gamat, sebelum ni ada terjumpa seorang yang cakap bende ni boleh diubat dgn daun sireh, tapi saya tak dapat hubungi orang tu lagi, sekarang saya tengah menangung kepedihan dikaki.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s