Tangan yang gatal (2)

50 sen 2000 dari tangan yang gatal

 Syiling 50 sen 2000 Malaysia. (obverse)

 

Amat malang bagi syiling 50 sen setelah rupa bentuknya diperlakukan seperti ini. Sekeping syiling yang beredar dari tangan ke tangan telah menjadi cacat akibat perbuatan orang yang tidak bertanggung jawab. Sekali pandang kita dapat lihat syiling ini seolah olah cacat seperti Die Clash Error dimana terdapat bayangan dari syiling 10 sen begitu jelas dibahagian tengah tengah syiling. Pada mulanya duacongkak sendiri menyangkakan syiling ini adalah dari kalangan Die Clash Error kerana kita dapat lihat sebahagian perkataan ‘ BANK NEGARA ‘ cetakan terbalik dan juga bayangan ‘ bunga raya ‘. setelah diteliti dan mendapat pandangan dari rakan rakan ternyata duit syiling ini bukannya error tetapi dipalsukan errornya oleh seseorang yang kita tidak tahu apa maksudnya.

 

Bagai mana ianya terjadi…?

Menurut sifu Mr Dickson, syiling ini terjadi disebabkan oleh gam yang diletakkan pada permukaan syiling 50 sen dan kemudiannya diambil syiling 10 sen lalu dilekatkan diatasnya. Sebelum gam menjadi kering maka dengan pantas ianya dipisahkan dan dibiar kering hingga hasilnya terjadilah begini rupa.

Bagi mengesahkan samada betul atau tidak teori itu maka hendaklah cungkil bahagian serpihan yang kelihatan seperti ‘ Die Crack ‘ tapi, duacongkak tidak pula mencungkil sebaliknya membelek dan melihat secara terperinci ternyata pada bahagian wau sebelah kanan amat jelas warna kekuningan dan disini kita sudah dapat mengagak ianya adalah dari cecair ‘ gam ‘ yang sudah kering. Bahagian tersebut kemungkinannya gam yang agak terlebih sedikit atau pun akibat dari lelehan gam yang terkumpul.

 

 Keratan bahagian ‘ Die Clash Error ‘ dari syiling 10 sen siap dengan rimnya sekali.

 

 Keratan bahagian ekor wau dimana kita dapat lihat pengumpulan gam hingga menebal dan kekuningan warnanya. Juga kita dapat lihat angka ‘ 0 ‘ sebagai Die Clash untuk tahun keluaran.

 

Keratan tengah pula menampakkan Die Clash Bunga Raya.

Kepada rakan rakan atau mana mana pengumpul atau pelayar blog ini, sekiranya terjumpa atau ada sebarang tawaran dari seseorang untuk menjual syiling error sebegini, berhati hatilah kerana, anda mungkin akan terpedaya. Syiling ini duacongkak perolehi dari seorang kawan yang bukan kolektor dan sanggup mendapatkannya dengan nilai RM 15 semata mata untuk kepastian apakah ianya benar benar error. Sebelum berpindah tangan, duacongkak terlebih dulu meminjam darinya untuk dibawa balik kerumah dan melihat dengan gunakan kanta. Dari apa yang duacongkak lihat ternyata ianya bukan error sebenar tapi oleh kerana ada blog sendiri untuk berkongsi dengan kawan kawan maka dikeluarkan juga perbelanjaan sebanyak RM 15.00 untuk buat panduan. Sekiranya tiada contoh makanya kita tidak mungkin tahu dan pasti akan terpedaya. Ini kerana kita bukannya pakar error terutama bagi diri duacongkak sendiri. Apa yang lebih hanyalah minat pada barangan error atau barangan pelik maka akan disimpan dan dijadikan koleksi. Bagi syiling Die Clash “Glue” Error ini untuk pembelajaran ataupun contoh agar mudah dirujuk.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

6 Comments

  1. Ini lagi dasyat rupanya!
    Tetapi memang lagi satu specimen “Die Clash “Glue” Error” yang bagus dikongsi bersama-sama kepada kami supaya kawan-kawan kita tidak tertipu oleh penjangak-penjangak yang tidak bertanggung jawap.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s