10 sen QE

Ketuk belakang depannya tertanggal.

 Satu persoalan yang ditimbulkan makanya akan muncul jawapan yang pelbagai dari beberapa pihak yang melihat depan mata. Kekadang penglihatan dalam gambar tidak sama dengan apa yang dilihat didepan mata. Apa yang terjadi pada syiling Malaya British Borneo ini yang ditempa pada Tahun 1961 amat menarik. Penemuan ini seiring dengan syiling 20 sen yang sudah diterbitkan dalam blog ini dari sebuah kedai antik. Banyak lagi syiling syiling lama dari kedai tersebut, cuma duacongkak tertarik pada syiling 10 sen 1961 dan syiling 20 sen 1950 ini kerana ada kelainan dari yang biasa. Harga pun biasa biasa saja malah diberikan pula sekeping syiling 50 sen Hong Kong SE, lagi bertambah menarik untuk dibuat koleksi. Apa yang penting tuan punya kedai belum tahu tentang ilmu duit duit error, jika tidak pasti dia letak dengan harga yang mahal sekiranya ada sedikit minat dalam dirinya.

 Bahagian reverse Malaya and British Borneo 1961.

 

 Cerita sikit apa yang kelainan pada syiling ini. Lihat pada gambar diatas kita cuma dapat lihat kesan lekuk bagaikan diketuk. Untuk lihat dengan jelas lagi, cuba perhatikan pada gambar keratan dibawah.

 

Bahagian lekuk yang dimaksudkan seperti kesan diketuk hingga muka syiling nampak ‘ berdelong ‘. Harap maaf sebab duacongkak menggunakan bahasa ‘ kampung ‘ sewaktu masih dizaman kanak kanak era tahun 1960an hingga awal 1980an. Kini amat sukar untuk mendengar lagi perkataan ‘ berdelong ‘ ini dalam perbualan harian. Istilah ‘ berdelong ‘ nanti duacongkak jelaskan diakhir tulisan ini.

Merujuk pada gambar kita dapat lihat kesan yang terjadi dimana angka satu bersebelahan angka 9 tidak timbul. Ianya bagaikan terhakis dan begitu juga pada bibir rim yang menipis akibat hentakan. Ini mungkin terjadi bukan semasa proses penempaan tapi lebih kepada sikap tangan yang gatal. Sungguh pun begitu agak menghairankan juga bila mana didapati bibir rim menipis. Hmm, rasanya kalau kena hentak dengan tukul besi mungkin boleh terjadi…hanya tuan punya asal dapat beri jawapan iaitu tuan punya tangan yang gatal.

 

 Bahagian Obverse dengan wajah QE 2nd

 

Pada bahagian Obverse iaitu tulisan ‘ A ‘ untuk ELIZ  BETH. Kedudukan ‘ A ‘ tersebut sebenarnya adalah selari dengan kesan ketukan dibahagian Riverse, kemana menghilangnya huruf ‘ A ‘ itu, apakah ianya boleh lekang atau pun terjatuh akibat hentakan. Jika dilihat pada tulisan ianya masih terdapat bekas huruf ‘A’ sahaja yang seolah olah ianya ditampal. Mengapa tidak terjadi pada huruf bersebelahan seperti ‘ Z ‘ dan ‘ B ‘ . Ianya masih kekal dengan bentuk asal tanpa terjejas. Apakah mungkin berlaku Filled Die Error…? Aduss…banyak tul persoalan yang sukar untuk dijawab. Mungkin penganalisis tempatan dapat membuat sedikit kajian. Sekiranya disebelah barat mungkin syiling ini menarik untuk dikaji akan kejadiannya, apa tah lagi kini duacongkak sudah dapat melihat graf lawatan yang bermula pada 25 Februari dimana, kunjungan terbanyak adalah dari Malaysia dan kedua terbanyak datangnya dari USA untuk tempuh sebulan. Kebanyakan yang dilawati adalah syiling syiling error yang mendapat tempat tertinggi dan menjadi daya tarikan untuk blog duacongkak.

 

Gambar penuh Rev dan Obv untuk coin QE 2nd. 

 

Syiling Hong Kong ( percuma ) dari penjual barangan antik.

## BERDELONG ## Maksud perkataannya yang diguna pakai semasa zaman budak budak iaitu kesan lekuk yang dalam pada objek keras. Benda lembut tidak disebut BERDELONG. Sebutannya juga ada sikit perbezaan dengan ejaan, ini yang menarik dimana perkataan BERDE kena sebut dalam nahu Bahasa Melayu ( ejaan baku ) dan bagi sebutan LONG pula kena sebut dalam perkataan Inggeris iaitu LONG dan tidak boleh sebut dalam bahasa baku, nanti sebutan sebenar tidak menjadi.

(SESIAPA YANG TAHU/ARIF, SEKIRANYA DUACONGKAK TERSALAH JELAS JANGAN MARAH…TEGUR TAKPA) Ini bahasa lama yang mungkin tiada dalam kamus bahasa.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

4 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Depankanta berpendapat syiling ini adalah PMD..Sekiranya ada penemuan error pada syiling2 klasik ianya sungguh istimewa dan merupakan perkongsian yg ditunggu2..

    Terima kasih banyak duacongkak…

  2. Salam kembali depankanta.
    Pendapat tuan memang boleh diterima dan saya sendiri pada mulanya bersetuju duit syiling ini bukan error tapi PMD sebab kesan ketuk nampak ketara,(sebab itu letakkan tajuk merah diatas yang bermaksud PMD), yang musykil sangat pada bahagian depan dimana huruf langsung hilang seperti tertanggal dan bukannya kemik/serpih (pecah) sekiranya ianya berada dibawah waktu diketuk. Lagi pula hanya huruf “A” yang terjejas tidak melibatkan huruf disebelahnya yang rapat. Sedangkan kesan ketuk nampak lebar.

    Sekadar tanya pendapat dan bukannya mempertikaikan ulasan tuan depankanta. Sesuatu kelainan memang menarik jika dapat dikaji bersama dan berbincang…

    TQ depankanta dan siapa saja yang beri komen…

  3. Dalam membicarakan syiling2 error kita tidak dapat lari dari situasi teka-meneka,ragu2 dan keliru.Ini adalah perkara biasa yg berlaku dalam dunia syiling error,samada antara PMD dan error atau antara ketegori2 error.

    Syiling2 PMD sering menjadi cabaran utama kita untuk mencari syiling2 mint errors sebenar.Kemampuan kita untuk membezakannya adalah satu kelebihan…Yang lebih dahsyat lagi PMD yg sengaja dibuat untuk mencari keuntungan keatas pengumpul syiling error,pemerhatian depankanta mendapati syiling2 error palsu begini ada dijual dalam ebay.

    Berbalik pada syiling ini,depankanta gunakan angka”1961″sebagai kunci.Perhatikan perbezaan saiz kedua angka “1”..Satu lebar dan leper sebab terkena ketukan dan satu lagi cantik yg asal.Tiada kesan mint error yg menyebabkan terjadi begini selain PMD.Bila ada kesan begini,bentuk2 yg lain adalah disebabkan faktor sampingan atau semulajadi.

    Berkongsi pendapat begini memang menjadi kegemaran depankanta,semoga ianya akan memberi manafaat kita bersama.

    Salam dan terima kasih banyak2 duacongkak…

    • Pemerhatian dan penelitian yang cekap, sengaja duacongkak tidak nyatakan bentuk angka “1” yang rosak akibat dari hasil ketukan atau geseran kuat dari hentakan. Ternyata depankanta dapat kesan keadaan itu. Tidak dinafikan bahawa keadaan angka “1” itu adalah terhasil oleh ” tangan tangan yang gatal”

      terima kasih kembali sdra depankanta…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s