20sen KG vi

Struck Trough Greese with Struck Trough Foreing Object Error.

 

Obverse 20 cents.

Lihat pada keadaan muka syiling ini sepertinya ada sikit keraguan dimana keadaan muka syiling nampak tidak licin seperti kebiasaan yang kita lihat. Sepertinya ada ciri ciri Struck Trough Greese Error hingga menampakkan kesan kasar pada beberapa bahagian. Terutama pada bahagian muka King dimana keadaannya yang menggerutu. Apakah mungkin kerana faktor usia syiling ini boleh terjadi sedemikian…?

 

20 cents Reverse.

Pada bahagian muka belakang syiling ini pula kita dapat lihat kesan kesan terguris bagaikan berparit yang terjadi dibawah angka 20. Jika diperhatikan betul betul, tidak mungkin kesan ‘ parit ‘ itu dilakukan oleh tangan yang gatal memandangkan ianya tidak menjejaskan angka 20 tersebut. Mungkin semasa proses penempaan dilakukan terdapat benda asing yang ada pada acuan atau juga terjadi semasa proses penebukan. Kalau sudah tahu diri bukannya pakar, lebih baik jangan banyak mungkin…apa yang hendak diketahui adalah apa yang menyebabkan terjadinya sedemikian rupa. Bagi duacongkak lebih gemar memiliki jenis jenis syiling yang nampak kecacatan tidak kira samada ianya berlaku semasa proses penempaan atau pun berlaku diluar kilang. Walau pun barang ini sudah lama mengikut usia tahun yang tertera iaitu 1950 tapi sebenarnya syiling ini baru saja diperolehi dari sebuah kedai antik. Belek punya belek didapati keadaan syiling ini sepertinya Error dan tanpa membuang masa duacongkak terus mendapatkannya bersama sekeping syiling lagi yang bakal dikeluarkan nanti.

 

Keratan pada bahagian muka syiling yang berparit. Sebelum dimuatkan dalam blog, duacongkak cuba dapatkan pandangan seseorang untuk mengetahui jenis Errornya. Apa yang diberitahu ianya adalah dari jenis ” Struck Trough Foreing Object Error. ” Yang Error pada bahagian Obverse pula duacongkak sendiri yang tulis dan bukan dari pandangan beliau atau sesiapa kerana sebelum ini sudah banyak ditemui jenis Error tersebut.

 

Ini adalah hasil gabungan gambar reverse dan obverse yang sama.

Apa pun simpannnnn…dulu. TQ

 

4 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Agak sukar memastikan apa yg terjadi pada syiling ini kerana keadaannya yg agak lasak.Apa yg depankanta dapat kongsi ialah sekiranya struck through grease ianya tidak akan menjejaskan sisi (edge) syiling dan sekiranya disisi syiling juga terjejas ianya mungkin disebabkan oleh lain2 fenomena.

    Bahagian belakang syiling pula lebih merupakan pre-strike damage dari struck through foreign object,ini kerana sekiranya die menempa atas objek itu tentu bahagian dalam angka “20”juga akan terjejas..

    Semua ini pendapat depankanta semata2,pengesahannya kena rujuk pakar2 kita…

    Terima kasih banyak2 duacongkak…

    • salam kembali…
      TQ depankanta kerana beri komen serta penjelasan yang panjang lebar. Satu2nya cara untuk berkongsi ilmu bila saudara sudi memberi komen dalam ruangan yang ada, dengan itu ramai diantara pembaca terutama bagi diri duacongkak sendiri dapat memahaminya. Ilmu yang ada kita dapat berkongsi bersama agar ramai yang tertarik dan menambahkan lagi ahli atau mereka yang berminat dengan koleksi coin error serta sikit sebanyak dapat mengenal dan mempelajarinya.
      Terima kasih sekali lagi..

  2. Hi duacongkak,
    Untuk mengena pasti jenis error,lebih elok timbang beratnya.
    Berat asal ialah 5.65gm, jika berat sekarang sama dengan berat asalnya,bermakna ia adalah error-error seperti yang saudara kemukakan,jika kurang dari berat asalnya,kemungkinan besar syiling ini telah mengalami penghakisan yang agak corrosive!
    Hanya pendapat saya!

    • Hi Mr Dickson.
      Saranan tuan supaya syiling ini ditimbang amat baik sekali. kebetulan duacongkak sendiri memiliki timbangan digital dan telah menimbangnya dan dapati berat syiling ini tidak sama dengan tuan katakan iaitu 5.65 gm. Berat bagi syiling ini iaitu 5.60 gm. bermakna beratnya menyusut sebanyak 0.05 gm iaitu hampir sama berat dgn timbang berat yang asal.

      Dengan ini rasanya Mr Dickson dapat menilaikan kedudukan sebenar syiling ini dan moga sudi memberi pandangan selanjutnya.

      Terima kasih Mr Dickson…jumpa lagi keluaran akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s