5sen 2006 Clip

Kenangan penuh bermakna 14/03/2012 @ 0935 hrs

Abadikan kenangan setelah memperolehi koleksi yang diidam idamkan, tersentak bila mendapat tahu dari seorang kenalan yang mengaku ada menyimpan duit syiling yang cacat seperti di pecahkan atau dipatahkan. Dengan tanpa buang masa terus minta ditunjukkan syiling tersebut lalu dengan selamba terus meminta untuk jadikan koleksi. Fuhhh…berbanyak terima kasih kepada beliau yang sudi menceriakan pagi 14/03/2012 hinggakan kerja pun tidak senang, asyik membelek dan merenung tanpa jemu. Pasti kenalan itu akan terbaca dalam blog duacongkak berkaitan dengan syiling 5 sen 2006 ini.

 

 Gambar pudar, diambil dengan menggunakan HP. Syiling sudah tentu jadi kegilaan duacongkak dan diambil gambar pun jadikan kenangan dengan letakkan atas jari seorang kawan sekerja. Terima kasih kerana beri pinjam jari untuk jadikan tapak syiling juga terima kasih kerana beri peluang duacongkak guna HP untuk ambil gambar.

 

 Gambar ini pun adalah dari jari yang dipinjam sebagai mengangkat martabat duit dan mendapatkan tuahnya. Sebab dikatakan tuah begitu adalah kerana kawan (tuan punya jari) amat sporting dan faham akan kegilaan rakan sekerjanya dengan duit duit. Dengan tuahnya juga duacongkak perolehi syiling ini untuk dijadikan koleksi, pelik kan…sebenarnya duacongkak asyik bercerita pasal duit lalu menyentuh sekali tentang duit error seperti ini. Entah apa tuahnya, nak jadi cerita…duacongkak jumpa kenalan iaitu tuan punya duit syiling ini dan sekali berbual terus ditunjukkan…pergh, apa lagi…terus saja berpindah tangan. Segera ditunjukkan kepada tuan punya jari dan dia setuju untuk jadikan jarinya model untuk bergambar. “Jangan marah kawan kawan bila terbaca nanti.” Apa pun diucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada kamu berdua.

 

Tu dia… Baru terang dan jelas sekali rupa duit syiling ini. Gambar diambil dirumah dengan menggunakan kamera untuk diabadikan dalam blog duacongkak. Sekeping syiling 5 sen 2006 Curve Clipped Planchet Error Obverst. Bahagian pecahnya hingga terkena tali gasing. Entah betul ke tidaknya nama error tersebut. Yang pasti sebelum ini sudah diterbitkan Rim Clip Error untuk syiling 20 sen. Dengan ini juga sudah dua keping Clip Error berada ditangan… Ops…sorry, ini yang ketiga dimana terdapat sekeping lagi syiling 5 sen dengan Minor Rim Clip Error yang belum dimuatkan dalam blog.

 

 Kedudukan gambar 5 sen 2006 Reverse, walau pun terdapat sedikit kesan warna perang pada permukaannya namun sudah cukup puas hati setelah berada ditangan.

Apa yang penting…Errornya.

 

Gambar sisi Rim yang tersopek.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Advertisements

4 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Selepas siri gegarrr nampaknya error yg masuk dalam n3 ini semakin mengancam!..Pengesahan dari pakar syiling kita telah pun diperolehi dari Mr Dickson.Depankanta ingin menambah sedikit dalam nota duacongkak diatas iaitu curve clip planchet error tiada kaitan dengan planchet yg “pecah”atau “tersopek”tapi ianya terjadi semasa proses blanking,iaitu proses menebuk dari sekeping lapisan logam yg besar kepada kepingan yg kecil2 bersaiz syiling ini,sementara “blakesley effect” terjadi semasa proses membuat rim pertama atau upsetting…

    Tahniah dan terima kasih banyak2 duacongkak….

    • salam kembali depankanta.
      penjelasan depankanta amat jelas tentang punca kejadian kecacatan pada syiling ini dan faham akan maksudnya. dgn komen itu jg sekurang2nya boleh dijadikan 1 isu perbincangan diantara kolektor baru sprt saya yg bkn arif tentang error (sekadar minat) bersama tuan2 yg lebih arif untuk beri pendapat. Selain Dc, ilmu ini jg dpt dikongsi bersama mereka2 yg melawat blog DC ini.
      Terima kasih sekali lagi.

      *nota* nampaknya komen tuan depankanta sudah boleh masuk, TQ.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s