GegaRrrrr..ke 6

Siri MDD diteruskan lagi.

Gegarrrrr…lagi, xde cerita lain asyik gegar dia sahaja.

Kali ini masuk bab 20 sen tahun 2000 pula dimana masih ada lagi episod gegar yang akan muncul. Kita tenguk satu persatu keratan yang ada pada gambar gambar yang diletakkan.

 

Gambar pertama rupa bentuk syiling gegar yang dimaksudkan. Seperti biasa terdapat tanda anak panah pada gambar untuk memudahkan buat pemerhatian.

    

Keratan pada bahagian tulisan BANK dan juga MALAYSIA. Kita lihat bahagian tulisan BANK terlebih dulu dimana bayangan tulisan terdapat dibahagian bawahnya seperti pembayang. Begitu juga dengan sisi rim yang kelihatan pembayang dan tidak pula terjadi pada keseluruhan muka syiling. Begitu juga dengan tulisan MALAYSIA sebagai mana gambar sebelahnya, kita boleh lihat pembayang pada tulisan tersebut seolah olah DDR Error. Sukar juga untuk diistilahkan sebagai MDD atau DDD atau pun DDR memandangkan corak yang terjadi amat menarik. Cuma tidak secantik syiling DDR yang lebih menyerlah.

 

Ini pula keratan pada bahagian NEGARA dimana keadaannya sama, terdapat sedikit pembayang pada tulisan.

 

 Bahagian daun juga tidak ketinggalan, jika diteliti ada sedikit pembayang pada kelopak bunga dan juga daunnya.

 

Pada angka pun sama dimana kita boleh lihat terutama angka ‘0’ paling kanan.

 

 Pada tulisan SEN kesan gegaran tidak kelihatan, ianya seperti biasa sahaja.

 

Gambar terakhir sekali digabungkan dua keping syiling keluaran yang sama dan rupa bentuk pun hampir sama. Dengan ini sudah tentu syiling ini dari varieti yang sama sebelum dikesan berlakunya gandaan pada permukaan. Mungkin ada diantara pembaca menyangkakan dua keping gambar ini diedit agar jadi dua, sebenarnya diantara kedua dua syiling ini ada perbezaan ketara. Lahir sama tapi rupa tidak sama. Cuba perbesarkan gambar ini dan lihat pada syiling disebelah kanan. Bandingkan bahagian sisi RIM bermula jam 11.00 hingga jam 3.00. Bibir RIM sebelah kanan itu nampak berlurah/berparit dan tebahagi dua jika dibandingkan sebelah kiri hanya RIM biasa.

Secara kebetulan duacongkak miliki dua keping dengan keadaan bentuk yang sama maka, digabungkan sekali sebagai tanda ianya adalah varieti bagi 20 sen 2000 ini. Tidak mustahil masih banyak diluar sana yang mungkin kita tidak perasan. Malah duacongkak sendiri akan dapatkan lagi varieti ini kerana terdapat keseniannya yang bagaikan diukir.  

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s