GegaRrrrr 5 sen 2001

 

Siri ke 5 GegaRrrrr…!

 

Sebelum ini gambar depan yang diterbitkan terlebih dahulu tapi kali ini diterbitkan bahagian belakangnya pula. Sengaja mahu ubah sedikit cara untuk keluaran ini sebab mahu ubah selera.

Apa yang dapat kita lihat bahagian gambar diatas iaitu siri 5 sen yang ditempa pada tahun 2001. Jelas sekali syiling ini terdapat ciri ciri Worn Die dibahagian tulisan Bank Negara Malaysia.

Lihat keratan gambar dibawahnya.

   

Pada keratan gambar tulisan Bank kita dapat lihat pada huruf ‘ K ‘ seperti bertindih tulisannya. Seterusnya pada bahagian tulisan Malaysia hampir keseluruhan berganda tulisan yang cukup cantik dilihat.

 

Tulisan Negara pun sama, kita boleh lihat kesan ganda pada tulisannya. Selain itu keadaan bahagian atas pada permukaan syiling ini kelihatan menggerutu sekali. Mungkin atas sebab itulah juga hampir keseluruhan tulisannya nampak berganda yang ada ciri ciri seperti MDD. Sukar untuk dihuraikan.

Lebih baik kita lihat bahagian depan syiling ini pula.

 

Bentuk sama sahaja sebagaimana syiling 5 sen lainnya, ada gasing dan ada talinya.

 

Pada keratan bila kita lihat ternyata bahagian bawah kepala gasing seperti berganda coraknya. Jarang juga kita temui keadaan begini berlaku dikedua dua bahagian muka, kebiasaan berlaku pada bahagian belakangnya sahaja.

 

Seterusnya lihat pada bahagian hujung tali kiri dan kanan, bentuk talinya yang kurang jelas dan tidak tajam sebagai mana syiling syiling lain. Keadaan tali hampir tenggelam dan tidak timbul. Banyak terdapat syiling begini diluar sana cuma sengaja duacongkak terbitkan sebagai koleksi dalam blog untuk tatapan ramai.

Apa pun simpannnnn…dulu

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s