GegaRrrrr 97

 

Gegarrrrr..DDD 50sen 1997

Sekeping syiling yang amat popular dengan Die Chips Error pada angka ‘5’ dan ‘0’. Terlalu banyak ditemui pelbagai jenis Die Chips Error dimana ramai diantara kolektor lebih mengenali dengan nama jolokan duit menangis. Dalam blog duacongkak sendiri pernah keluarkan dengan jolokan Bergenang si air mata.

Pada kali ini duacongkak ingin kemukakan pula siri syiling 50sen 1997 yang bukan dari kalangan duit menangis tapi berada dalam kalangan Gegarrrrr…Sayangnya baru sekeping ditemui dan belum temui rakan rakan seangkatan dengannya untuk disahkan sebagai varieti. Sedikit info berkaitan syiling 50sen 1997 ini iaitu jumlah ditempa sebanyak 16, 143, 327 keping merujuk pada katalog yang ada.

Bentuk syiling 50sen 1997 seperti dibawah ini.

 

Berpandukan pada anak panah ungu yang ada pada permukaan syiling, terdapat beberapa bahagian berganda pada objek angka ’50’. Dari apa yang dapat kita lihat ianya seakan akan MDD sebagai mana keluaran sebelum ini. Tapi agak berbeza sedikit pada bahagian gandaan dimana kesan tekanan yang lemah hingga menampakkan bentuk gandaan di sekeliling angka ‘ 50 ‘. Dari apa yang pernah dihuraikan oleh bloger saudara depankanta, rasanya episod GegaRrrrr kali ini mungkin DDD (Die Deterioration Doubling) dan bukannya MDD apatah lagi DDR. Yang peliknya keadaan syiling ini cantik dan bukan dikalangan syiling WORN DIE yang memungkinkan berlakunya DDD.

Ish…susah juga untuk dihuraikan keadaan begini yang amat memerlukan kemahiran yang tinggi. Bagi duacongkak sekadar meniru apa yang dibaca, mungkin ada dikalangan pembaca dapat beri info yang tepat terutamanya beberapa nama besar tentang coin error seperti bloger MNFadz, sdra depankanta, Mr Dickson, Mr Niew, Whycollect dan mereka yang sudi…Terima kasih.

Ada pun duacongkak dapat sumber melalui komen dalam FB menyatakan ianya Engraving Marks dan semak google translate bermaksud Tanda Ukiran. ( TQ Gilad Zuckarman. )

Hmmm..Tidak mesra tanpa siarkan gambar keratannya.

 

Baharu nampak dengan jelas, rupanya pada bahagian bunga raya seperti ditunjukkan dengan anak panah ungu terdapat Minor CUD Error. WOW…dalam 3D (DDD) yang bukan dikalangan Error rupanya terselit juga sedikit Error sebagai semangat pada dirinya. Bukan itu saja malah semangat juga kepada orang yang menyimpan untuk dimasukkan dalam kurungan agar lebih selamat.

 

Ada lagi keratan rupanya.

Pada keratan angka ’50’ ini lebih jelas untuk dilihat keadaan GegaRrrrr yang dimaksudkan. Paling jelas sekali kita dapat lihat pada angka ‘ 5 ‘ dimana kesannya hampir sepenuh angka. Ops…tidak lupa juga perhatikan pada angka ‘ 0 ‘ dibahagian dalam sebelah atas. Sahaja duacongkak tidak letakkan tanda anak panah ungu kerana mahu jelaskan disini bahawa terdapat Minor CUD Error yang menyelit.

Sekiranya terjadi dibahagian bawah angka sudah tentu kita lebih kenali dengan Die Chip Error. Tetapi bagi keadaan lebihan bahagian dalam angka ‘ 0 ‘ nampak jelas bukannya Die Chip Error dan lebih mirip kepada CUD.

Hehe…ada betul ka…?

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s