Gegar Gegar

 

Siri gegar ke dua

MDD 10 sen 2010

 

Rupa bentuk bahagian depan syiling 10sen.

  

Minggu gegar untuk kali kedua diterbitkan siri 10 sen tempaan 2010 untuk tatapan semua, seperti biasa MDD kali ini terjadi dibahagian muka belakang dengan sedikit kesan gegaran sewaktu proses penempaan dilakukan. Gegaran tersebut iaitu pada bahagian atas bunga raya sebagai mana yang ditunjukkan dengan anak panah ungu. Ada juga diantara gegaran berlaku pada kelopak bunga dan daun dibahagian bawah. Tapi kali ini dibahagian atas.

Selain bahagian tersebut, gegar juga berlaku pada angka ‘ 10 ‘ dan boleh lihat pada bahagian anak panah yang ditunjukkan. Maaf sekiranya ada pengunjung yang melihat dan membayangkan kesan berganda yang terjadi disebabkan oleh plastik cover. Sebenarnya tidak sama sekali, gegaran yang anda lihat adalah apa yang berlaku sebenarnya. Untuk memuaskan hati duacongkak masukkan sekali lagi gambar duit syiling yang diambil kali kedua. Sebenarnya bukan dua kali gambar diambil, tapi lebih dari itu semata mata untuk dapatkan gambar yang jelas dan berpuas hati dengan hasilnya.

 

Gambar diatas adalah gambar kedua dari syiling yang sama diambil dan keadaannya agak gelap sikit untuk fokus pada bahagian berganda akibat dari gegaran.

 

Ini pula bahagian keratan dari gambar pertama untuk menunjukkan kesan gegaran yang dapat dilihat. Tidak semua syiling 10 sen tempaan 2010 mengalami nasib sebegini kerana setiap kecacatan yang berlaku setelah dapat dikesan, pasti mesinnya akan dihentikan dan kerja kerja baik pulih pun dibuat. Mana yang sudah terlepas pandang akan terus diedarkan dan hasilnya akan dikumpul oleh para kolektor yang inginkan koleksi mereka lengkap. Bukan semua para kolektor dapat kumpul syiling syiling begini kecuali nasib sahaja apa yang dicari sampai ketangan. Cara mana untuk dapatkan terpulang pada individu itu sendiri. Bagi yang kocek penuh tidak jadi masalah berbanding dengan duacongkak yang hanya mengumpul setakat yang termampu. Jika ditemui dan ada dalam simpanan maka akan dikeluarkan dalam blog untuk tujuan berkongsi sama sama.

 

Bahagian seterusnya iaitu bagi tanda nilai duit syiling dengan angka ‘ 10 ‘. Cuba lihat pada angka ‘ o ‘ untuk ‘ 10 ‘ dimana kesan gegar nampak berganda diluar dan dalam. Walau pun sedikit kita dapat lihat tapi sudah mencukupi untuk disimpan sebagai koleksi…yang penting…

…Biar GegaRrrrrrrr…

Apa pun simpannnnn…dulu

 

2 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Mengikut pemerhatian depankanta,syiling ini memang MDD yg terjadi juga fenomena worn die error,menyebabkan kelihatan semua imej dan huruf kelihatan tidak tajam.

    Tahniah dan terima kasih duacongkak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s