MDD / DDR Error?

 

 MDD 50 sen 2000

Edisi GeGaRrrRrr..(Siri 1)

Kali ini cuba pos pulak siri MDD Error satu persatu yang ada dalam simpanan. Sebelum ini sudah pernah diterbitkan syiling MDD juga DD dengan siri 50 sen 2009, 20 sen 1994 dan beberapa siri tahun yang lainnya. Kini duacongkak ingin sambung sedikit edisi tahun tahun lain yang ada dalam simpanan untuk dikongsi bersama.

Apa pun duacongkak percaya, ramai diluar sana para kolektor yang kini semakin bertambah, ada memiliki dan menyimpan jenis jenis MDD Error atau pun DD Error samada DDR atau pun DDO. Kalau otai otai jangan cakap la…mereka lebih banyak koleksi dari duacongkak yang baru dua tahun berkecimpung dalam koleksi mata wang. Disebabkan minat yang baru bercambah ini maka suka sekali duacongkak berkongsi bersama rakan rakan.

Adusss…melalut pulak.

 

Cuba lihat anak panah yang ditunjukkan pada syiling 50 sen 2000 ini. Anak panah ungu itu menunjukkan setiap bahagian yang kelihatan seperti berganda. Sebagai mana yang di ketahui untuk siri syiling 50 sen Double Die Error ( DDR ) hanya untuk tahun 2009 seperti yang pernah duacongkak siarkan sebelum ini. Bagi syiling tahun 2000 ini pada pandangan duacongkak kemungkinan adalah Mechanical Doubling Die ( MDD ). Untuk pandai pandai mengesahkan errornya kita tunggu jawapan otai yang lebih arif. Bagi duacongkak sendiri terasa keliru juga diantara MDD dan DD sebab ilmu yang ada tidak seberapa. 

 

Keratan pertama pada bahagian perkataan NEGARA. Cuba perhatikan setiap tulisan tersebut seperti ada bayangan dibelakangnya.

 

Keratan kedua pula kita dapat lihat pada bahagian tulisan MALAYSIA. Walau bagai mana pun hanya huruf ‘M’ dan ‘A’ saja yang nampak berbayang sebagai mana tulisan NEGARA.

 

Keratan ketiga lebih menyerlah pada bahagian daun dan kelopak bunga raya di bahagian bawahnya. Untuk lihat lebih jelas , klik saja pada gambarnya.

 

Seterusnya keratan keempat pada angka 50 FV, sedikit gerakan yang menjadikan kedua dua huruf bertindih dan kelihatan bayangan seperti berkembar.

  

Keratan kelima paling menarik sekali dirasakan. Sebabnya pada RIM dibawah tulisan sen amat jelas sekali kesan gerakan acuan hingga menjadikan 3 bahagian rimnya.

 

Untuk gambar keenam pula adalah syiling yang sama setelah dikurung agar tidak lari jauh. Syiling yang kita sudah asingkan untuk dibuat koleksi, sekiranya masih bebas tanpa dikurung, tidak mustahil ianya akan merayap tanpa disedari dan sukar untuk dicari semula.

Akan menyusul edisi GeGaRrrrrrrrr dihari berikutnyaaa..GrrrRRrrrrrrr MDD

Apa pun simpannnnn…dulu

 

Advertisements

1 Comment

  1. Salam duacongkak,
    Nampaknya pemerhatian semakin mendalam dan melibatkan error2 yg agak teknikal.
    Tiga fenomena yg terjadi pada syiling yg biasa mengelirukan untuk dikategorikan ialah MDD (mechanical die doubling),DDD (die deterioration doubling) dan DD (doubled die)
    Syiling 50 sen 2000 yg dipamirkan ini,mengikut ciri2 yg kelihatan,ianya adalah die deterioration doubling.Satu ciri utamanya yg jelas ialah imej kedua (secondary), berada pada kedua belah imej utama(primary),contohnya “NEGARA” dan “MALAYSIA” yg dipamirkan terdapat imej kedua dikiri dan kanan imej huruf utama.

    Sekiranya kita bandingkan ciri2 yg ada pada syiling 50 sen 2009 DDR dan syiling ini akan jelas kelihatan perbezaannya.Sekiranya kita perhatikan dgn cara sendeng sikit syiling 2000 ini,sebenarnya tiada kesan tempaan berganda,ianya hanya akibat pemakaian die yg lasak.

    Terima kasih banyak2 duacongkak,perkongsian yg sangat menarik..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s