Ralat Rim Clip

 

Amat Menyedihkan

Apa pulak yang sedih sedih ni…dalam blog pun sedih juga ka?

Memang amat menyedihkan bagi sekeping syiling 20sen yang menjadi mangsa keadaan. Kelahirannya sudah la  cacat tapi sengaja dibiarkan berpindah dari tangan ke tangan dalam urusan harian. Akhirnya syiling ini sampai ketangan duacongkak dan terhenti buat seketika lalu terus dikurung dengan selamat agar tidak bebas merayau.

Apa pun duacongkak cuba tunjukkan supaya dapat pengunjung lihat keadaan syiling ini.

 

Bahagian muka depan dengan tepak sirihnya.

Cuba lihat sekeliling syiling ini dimana pada arah jam 7.00 kelihatan sedikit kesan lekuk. Ianya tidak membulat sebagaimana duit syiling biasa.

 

Lihat pula bahagian nilai mukanya yang ditempa pada tahun 2005.

Pada arah jam 5.00 kita lihat rimnya berlekuk sebagai mana keadaan dibahagian muka depan. Cuma sisi rim saja yang berlekuk cacat tanpa menyentuh bahagian muka duit. Kecacatannya walau pun sedikit tapi sudah cukup memberi kepuasan kepada pengumpul seperti duacongkak yang minat dengan duit cacat untuk disimpan. Belum tiba masanya lagi untuk memiliki kecacatan kasar sehingga rupa duit syiling bagaikan bulan gerhana. Jika ada rezeki, suatu hari nanti akan diusahakan juga untuk mendapatkannya kerana, keadaan kecacatan begitu lebih menarik untuk disimpan.

Kita lihat pula keadaan sisi rim.

 

Bentuk sisi rim yang berlekuk.

 

 

Satu kepuasan bila mana syiling ini muncul ditangan, walau pun ianya cuma berlaku kecacatan kecil.

Apa pun simpannnnn…dulu

 

6 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Rim clip error yg cantik,agak sukar dijumpai pada syiling 20 sen.Dalam Koleksi syiling error Malaysia yg dipamirkan oleh pengumpul2 jarang sekali dijumpai “keluarga” rim clip ini spt curved clipped,straights clipped dan ragged clipped planchet..Semoga duacongkak akan terus dapat berkongsi syiling error2 yg sukar dijumpai spt ini….

    Salam dan Terima kasih banyak2 duacongkak….

    • salam kembali sdr depankanta
      Semakin hari kita dpt lihat semakin bnyk jenis2 error yg muncul dan dipamirkan oleh peminat2nya dan ada yg muatkan dlm blog. Bagi duacongkak sendiri baru sekeping Rim Clip error ada ditangan dan perlu dapatkan jenis2 lain lg seperti siri2nya. Tapi bknlah sesenang yg dijangka.
      TQ depankanta…semoga kita dpt terus berkongsi info yg lain lg.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s