Die Clash berganda.

 

Syiling 1 sen 2005

Penemuan sekeping syiling 1 sen keluaran tahun 2005 yang sudah sekian lama hendak dimuatkan dalam blog tapi, disebabkan masalah komputer maka, pada hari ini duacongkak muatkan untuk tatapan semua. Apa yang istimewanya cuba lihat didalam gambar yang akan dimuatkan dibawah ini.

 

Sebelum ini duacongkak pernah keluarkan jenis jenis die clash error yang ada dalam simpanan, bagi syiling 1 sen 2005 kali ini agak istimewa dari yang sebelumnya. Cuba lihat permukaan syiling ini dimana kita dapat lihat dengan jelas bayangan arca rebana siap dengan kakinya sekali. Begitu juga pada bahagian tulisan NEGARA terdapat kesan bahagian tepi rebana itu timbul.

Apa yang istimewanya?

Sudah tentu persoalan itu timbul dikalangan pembaca sebab syiling 1 sen 2005 die clash error sememangnya banyak diluar sana…ramai pengumpul yang memiliki dan menyimpan secara senyap dalam koleksi.

Kita lihat bahagian depan syiling ini pula…

 

Apa yang dapat kita lihat pada bahagian depan syiling ini untuk 1 sen 2005.

Ternyata bahagian depan muka syiling ini juga terdapat die clash error dan begitu jelas bayangan arca bermula dari tulisan BNM, diikuti bentuk Bunga Raya, malah angka ‘ 1 ‘ juga kelihatan. Tidak cukup dengan itu kita dapat lihat juga bayangan tulisan angka ‘ 20 ‘ pada kaki rebana iaitu untuk Tahun.

Keistimewaan syiling 1 sen ini adalah disebabkan die clash errornya kita dapati pada kedua dua bahagian muka yang jarang dan teramat amat jarang ditemui. Sekiranya die clash error untuk satu bahagian muka agak mudah juga walau pun ada diantaranya terasa susah untuk mendapatkannya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Advertisements

5 Comments

  1. Bg peminat baru seperti saya, ini merupakan penemuan yg menakjubkan..bagaimana error seperti ini boleh terjadi..kesilapan manusia atau mesin.
    Hanya peminat yg teliti dpt menemukan coin seperti ini. Tahniah dan terimakasih kerana berkongsi..

    • TQ zarina ngaliman:
      Penemuan ini sebahagian dari rezeki jg, bukan senang untuk temui sesuatu error yg terbaik dan menarik melainkan bermodal yg besar baru boleh dikumpul pelbagai jenis error. Untuk makluman, kebiasaannya, die clash error terjadi waktu proses penempaan, Sebab2 lain tdk pasti.

      * Sekali lg diucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi berkunjung dan tinggalkan jejak.*

  2. Salam duacongkak,
    Proses penyilingan syiling Malaysia memungkinkan berlaku die clash pada kedua permukaan syiling.Spesimen yg dipamirkan ini memang menarik kerana disamping terjadi pada kedua permukaan syiling,kesan ghostly juga sangat ketara..

    Betul sekali,apa2 simpannn…Hari ini premiumnya mungkin tak seberapa tapi suatu hari nanti pengumpul akan tercari2 syiling2 begini…

    Terima kasih banyak2 duacongkak….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s