Calar Balar.

 

Coin PMD dari kilang

Sebelum ini sudah banyak duacongkak terbitkan berkaitan syiling yang terdapat kecacatan diluar proses penempaan kilang. Dan kali ini duacongkak ingin terbitkan lagi syiling yang mengalami kecacatan samada berlaku akibat hentakan sesuatu benda keras selepas dikeluarkan dari kilang atau pun terjadi semasa ianya dicetak. Kita boleh lihat satu persatu.

 

Tidak sah kalau tidak tunjukkan muka belakang yang berkerutu ini.

Kita lihat bahagian muka depannya pula.

 

Contoh pertama dari sekeping syiling dengan keadaan cakaran dan kecederaan dibeberapa tempat. Mungkin terjadi akibat dari proses pengiraan mesin untuk dimasukkan dalam packing bag. Apa pun sebab kejadiannya kita tidak pasti dan tidak dapat meneka dengan tepat.

Lihat pula apa terjadi pada syiling ke dua ini.

 

Lihat bahagian luka dalam bulatan ungu. Satu lagi kejadian yang agak musykil sebab ianya masih baru dan ditemui dari dalam packing bag dari Bank Negara Malaysia. Sekiranya ditemui dari luar atau pun dari pasaran tangan ke tangan boleh juga dikatakan sebagai di garit oleh tangan yang gatal.

 

Keratan yang memudahkan untuk dilihat kesan garit yang terjadi. Makan dalam hingga membelah bucu bintang. Ada kemungkinan semasa proses cetakan atau tempaan dibuat, seperti terdapat serpihan yang melekat pada acuan dan oleh sebab itu maka kesan hentakan menyebabkan bentuk serpihan melekat pada syiling ini. Cuma sekadar teorinya saja, mungkin pakar yang lebih arif dapat beri jawapannya.

Kita tenguk lagi yang satu ini.

 

Kesan garit peparit yang lebih parah dari yang sebelumnya.

 

Tu dia…amat jelas sekali pada bahagian lukanya seperti bergigi gigi. Terdapat dua kesan luka dimana satunya adalah licin bagaikan kesan dawai dan satu lagi bergigi bagaikan serpihan Milled Edge.

Cuma sekadar berkongsi dengan penggemar duit duit syiling error. Untuk mengetahui segala sebab, hanya mereka yang bekerja atau pernah bekerja atau mempunyai ilmu dalam bidang percetakan logam pasti tahu segalanya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

2 Comments

  1. Salam duacongkak,
    wah nampaknya ‘main” syiling m3s saja ni..haha.Kami di Kelantan agak malang kerana syiling m3s sangat terhad edarannya,hingga sekarang hanya beberapa keping saja depankanta perolehi..

    Foto diatas nampaknya sangat menarik,sukar untuk pastikan kejadian sebenarnya syiling ini samada PMD atau mint error.Pemerhatian terbaik adalah dgn menggunakan kanta berkuasa tinggi bagi memerhatikan jika terdapat ciri2 terjadi tebing bekas digarit (PMD)atau tiada langsung tebing dan keadaan lurahnya licin dan sebati dgn logam bahagian lain menandakan ianya terjadi asal semasa proses tempaan iaitu STRIKE THROUGH ERROR

    Depankanta sekadar memberi pendapat,
    terima kasih banyak2 duacongkak.Semoga banyak lagi error siri baru dipamirkan utk perkongsian bersama…

    • salam kembali…depankanta
      untuk makluman yg mana duacongkak sendiri tiada kanta berkuasa tinggi utk pastikan keadaan syiling tersebut. Gambar hanya dapat diambil dgn menggunakan kamera saja. Apa pun penjelasan depankanta itu amat bermakna sekali dan mungkin suatu ketika nnt bolehlah di telek kembali.

      Buat masa ni syiling m3s belum tersebar lg, mungkin ramai diantara pengguna menabung dulu sbb ianya masih baru. Lebih2 lg syiling edisi 1 dan 2 masih bnyk dipasaran.

      Seperkara lg mlm td beberapa kali duacongkak cuba utk beri komen (5 sen) dlm blog depankanta tp amat malang sekali kerana komen tak dapat di pos. Entah kenapa tdk pasti.

      Harap maaf depankanta

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s