CUD

 

Permulaan error 2012

Penemuan beberapa kepingan syiling siri ke tiga yang ralat kecil dalam koleksi duacongkak. Apa yang hendak dipamirkan disini 10sen 2012 dimana terdapat sedikit CUD Error pada sisi rim yang berbeza dari setiap kepingan tersebut. Mungkin ianya rantaian dan ada kisah yang perlu diperjelaskan oleh pakar coin error. Bagi duacongkak cukuplah sekadar pamir untuk tatapan bersama.

 

Rupa bentuk muka depan bagi syiling siri ke 3. (Ramai yang sudah sedia maklum)

Lihat pula bahagian belakang satu persatu.

 

Gambar pertama dan cuba lihat bahagian 2 anak panah ungu dimana kedudukan CUD Error tersebut. Kemudian lihat pula pada penunjuk anak panah merah dan bergerak mengikut arah jam, dimana kita dapat lihat dengan jelas sekali sirip RIM dan bila kedudukan pada jam 5.00 nampak jelas ianya terbahagi dua seperti cetakan yang lari. (Masih belum pandai memberi sebab terjadinya error tersebut)

 

Keratan bagi memudahkan untuk melihat kedudukan CUD Error bagaikan di’clip’  siripnya.

 

Gambar diambil dari sudut yang berbeza, CUD dapat dilihat sebagai mana dalam bulatan merah.

Seterusnya…>>>

 

Gambar diatas ini bukan dari syiling yang sama dengan yang pertama. Ini adalah syiling yang berbeza sebagai mana kita dapat lihat satu tanda putih pada arah jam 3.00. Bagi syiling pertama, tiada tanda tersebut. Anak panah merah pula menunjukkan bahagian CUD Error ditempat yang sama cuma keadaan berbeza sedikit dengan yang pertama.

Lihat pada keratan dibawah.

 

Pada gambar keratan ini kita dapat lihat dengan jelas perbezaan CUD Errornya. Syiling pertama CUD Errornya nampak empat secara berasingan dan bagi syiling kedua pula hanya tinggal tiga dan metalnya bercantum.

Berikut syiling ketiga.

 

Syiling ke tiga dengan CUD serta Rim yang sama. Perbezaan dapat dilihat pada anak panah hijau antara bunga raya dan angka 1 dimana permukaan syiling terdapat kesan calar samada berlaku pada Die atau pun disebabkan kelasakan selepas ditempa.

 

Keratan gambar bagi syiling ketiga.

Seronok bila ditemui satu error pada tiga syiling yang berbeza. Dari sini kita dapat mengagak terjadinya CUD secara berperingkat sewaktu proses tempaan dibuat.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

5 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Tahniah,berpandukan pada foto dan nota diatas ada dua error yg cantik pada syiling2 m3s diatas,pertama ialah RIM CUD ERROR dan kedua FINNED RIM @ FINNED EDGE ERROR…

    RIM CUD ERROR merujuk pada cud yang hanya terjadi pada bahagian rim sahaja tetapi CUD ERROR terjadi pada mana2 bahagian syiling dan biasanya tersentuh pada bahagian rim akibat dari sebahagian logam die yang terserpih.

    Pendapat depankanta ini mungkin kurang tepat nanti pakar2 kita akan perbetulkan…Terima kasih banyak2 duacongkak…

    • salam disambut…
      Sememangnya betul apa yang dikatakan iaitu Rim Cud Error untuk syiling ini sebab CUDnya berada pada sisi rim. apa pun duacongkak berbesar hati menerima penjelasan ini kerana perkongsian dalam erti kata ” Apa pun simpannnnn dulu…” sudah tentu perlu mencatitkan jenis error yang tepat. Didalam blog ini lebih kepada perkongsian bersama sebagai panduan dan rujukan.
      Apa pun dengan senang hati diucapkan,
      terima kasih banyak2 kepada tuan depankanta atas segala penerangan.

  2. mohon kepada DC untuk share sama2 berkenaan logo 6 bintang/bucu yang terdapat pada syiling baru ini…
    kebanyakkan rakan2 saya mengatakan ia terlalu mirip dengan lambang sesuatu negara…kalau tidak silap, pada syiling lain juga terdapat juga logo ini…motif ???

    tq DC…

    • Tuan amiraris.
      Terima kasih banyak2 atas kunjungan tuan dan berkongsi pandangan. Bagi duacongkak bukanlah seorang yang pakar dalam bidang tema sebagaimana tuan amiraris sendiri yg mungkin lebih tahu. Sebab itu ramai rakan2 memberi/kongsi pandangan dengan tuan.

      Setahu duacongkak setiap logo atau simbol yang hendak dicetak pada apa saja product, pasti ramai pakar2 / pereka cipta menerbitkan karya mereka. Tidak terkecuali untuk syiling Malaysia edisi ketiga ini (m3s). Setelah diadili dan dipersetujui oleh para pengadil yang lebih berpengetahuan n arif maka bentuk yg dipersetujui akan diterbitkan dan bg yg empunya reka bentuk (pereka) pasti dapat imbuhannya. Siapalah kita hendak menegur atau mengkritik apa yang sudah dipersetujui oleh mereka yang lebih arif…
      Bagi sy apa yg dicari dan diminati setelah temui syiling yang ralat cetak…tema ka apa ka rasanya x penting kut…hehe

      Apa pun banyak terima kasih dan harap maaf kalau tersalah bahasa.

      TQ amiraris…datanglah lg.

      • tq DC atas komen…
        yup, saya maklum bahawa tuan kebiasaan nya akan mencari defect2 yang terdapat pada coin/wang kertas…

        saya bertanya kerana mungkin DC tahu ape maksud disebalik logo tersebut…ada juga yang mamberitahu bahawa ia adalah corak anyaman ketupat…itu mungkin boleh jadi juga…

        selain itu, saya ada membaca artikel dalam berkenaan free mason yang juga ader menceritakan berkenaan logo2 free mason pada wang kertas RM 1 kita…betul atau tidak, itu ikut penerimaan masing2 saya rasa…mungkin DC juga pernah terbaca berkenaan perkara ini kot…

        saya juga ada simpan wang kertas yang pada hemat saya [yang daif ini] ada kelainan…insyaallah saya akan kongsi bersama😀

        apapun teruskan pencarian wang/coin yang ada defect…MENARIK !!!😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s