Penutup Tahun 2011

Berlalunya 2011 dan akan muncul 2012

Menjelang berlalu tahun 2011, ketibaan 2012 pula dialu alukan, ikatan janji sudahkah berbalas, jangan terhutang dibawa kedepan.

Banyak sudah kiriman dibuat, dalam blog sendiri pelbagai perkara, untuk 2011 kiriman pun tamat, semuanya hobi yang dicerita.

Penutup tahun cuba diketengah, tiga serangkai menjadi pilihan, 10 sen 20 sen 50 sen pun menjengah, kecacatan yang sama jadi taruhan.

Pelbagai kenangan manis yang dilalui, tidak kurang juga kenangan pahit, tiga Die Clash telah ditemui, bahagian yang sama cuma beza sedikit.

Lihat dulu 10 sen 81 terutama pada gambar dibawah, syiling 10 sen yang terdapat Die Clash memang banyak ditemui terutama bagi siri satu yang mana hampir setiap tahun keluarannya kita dapat lihat. Sepertinya syiling 10 sen Parlimen ditempa dengan bentuk Die Clash sebagai satu scurity sebagai mana 50 sen 1967,68 dan 69 SE

Lihat pula gambar seterusnya, muka depan syiling 20 sen 81 pada bahagian bawah ini.  

 Pada bahagian muka belakang sebagai mana yang ditunjukkan dengan anak panah merah, kita dapat lihat rupa bentuk Die Clash yang terjadi dengan satu garisan iaitu bayangan dari sisi bangunan Parlimen. Sering kali ditemui Die Clash begini hanya pada syiling 1 sen dan ada juga pada syiling 5 sen sebagai mana pernah dikeluarkan sebelum ini. Bagi syiling 20 sen rasanya amat amat jarang ditemui malah dari apa yang ada dalam simpanan duacongkak, cuma sekeping ini saja yang ada. Mungkin dalam simpanan rakan rakan atau pun kolektor lain juga ada syiling begini cuma tidak dipamirkan. Apa pun duacongkak lebih suka berkongsi dengan semua.

 Melihatkan keadaan syiling ini, duacongkak terus meneliti semula syiling dalam simpanan dan ternyata sukar mendapatkan yang kedua sebagai mana syiling 1 sen dan siri 5 sen.

 Ini pula bagi syiling 50 sen ditempa pada tahun 1986. Kalau dilihat pada angka kosong untuk 50 itu kita dapat lihat satu garisan yang tidak ubah sebagai mana bayangan arca Parlimen. Syiling 50 sen juga sukar ditemui sama seperti syiling 20 sen yang ada bayangan arca.

Bukan saja dibahagian muka nilai malah, muka depannya juga kita dapat lihat bayangan arca sebagai mana syiling 10 sen. Walau pun hanya sedikit yang kelihatan tapi, bentuknya tidak ubah sebagaimana syiling 10 sen. Oleh sebab itu duacongkak letakkan syiling 10 sen diatas sekali supaya mudah dilihat persamaannya.

Cukup dulu untuk keluaran kali ini dan ianya dijadikan sebagai penutup tahun sebelum di update semula pada Tahun baru 2012. Tiga serangkai yang hampir sama tapi penemuan amat berbeza. Bagi 10 sen mudah ditemui dan 20 sen pula jarang jarang ditemui, untuk 50 sen amat sukar sekali.

Penutup kata duacongkak ingin ucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada semua yang melayari blog ini dan kesempatan itu juga duacongkak ingin mohon jutaan ampun dan maaf sekiranya ada sebarang perlakuan atau kesilapan dalam penulisan, terkasar bahasa hingga ada yang terguris dihati.

” Hobi yang tinggi nilainya dengan ilmu dapat dikongsi bersama. “

Apa pun simpannnnn…dulu 

2 Comments

    • salam kembali
      Lain org lain caranya…
      Untuk pengetahuan Din dan semua orang
      yg membaca…cara penlitian dibuat cuma
      lihat dgn mata kasar dan jika ternampak
      kelainan baru diguna kanta untuk pengesahan.
      Keutamaan pada syiling yg sering ditemui error
      iaitu berpandukan pada tahun ditempa.

      Semoga berpuas hati…TQ

Tinggalkan komen