Die Clash 1 sen

Istimewa syiling 1988

Siri Parlimen keluaran pertama, bermula 67 hingga 88, bukan turutan tahun dia menjelma, ada antaranya tidak dikeluarkan.

Antara tahun yang dicari, error dan rare jadi buruan, boleh dilihat setiap hari, pelbagai bentuk menjadi habuan.

Sambil membelek mengguna kanta, ternyata sukar untuk diperolehi, tunjukkan istimewa seperti dikata, agar yang lainnya turut berahi.

  

Buruknya rupa nampak berkarat, rasanya gred fine lagi cantik, bayangan ‘satu’ nampak sekerat, itulah istimewa yang terdetik.

Clash Die pertama dimuka depan, jarang jarang juga kita temui, muka belakang juga ada bayangan, itulah istimewa yang dicari cari.

  

Lihat arcanya amatlah jelas, dimuka belakang yang nampak seri, hasil pencarian sudah berbalas, sebagai upah membelek berhari hari.

Die Clash Parlimen sebelah kanan, bentuk bulan bintang dipuncak satu, itulah istimewa dapat dijelaskan, dalam simpanan baru ada satu.

Apa pun simpannnnn…dulu.

2 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Die clash bah. muka dan belakang yg jelas dan cantik pada syiling ini,syiling 1 sen selalu membuat kita kecewa kerana banyak error yg unik dan jelas dijumpai pada syiling yg sudah lusuh.
    Depankanta berpendapat kesan hitam pada bah muka syiling ini adalah disebabkan tindak-balas kimia keatas logam syiling 1 sen ini dan fenomena ini selalu depankanta temui.
    Sebagai perkongsian pengalaman,syiling 1 sen Malaysia sangat pantang terkena air atau disentuh bah permukaannya dgn jari yg basah atau lembab.Sekali terkena tidak boleh dipulihkan lagi.
    Sebagai otai dalam bidang pengumpulan syiling dll tentu duacongkak juga ada sesuatu pengalaman yg boleh kita kongsi bersama.
    Terima kasih banyak2 duacongkak.

    • Salam kembali depankanta.
      Amat setuju dgn cara penerangan depankanta tentang penjagaan syiling2 terutama bg siri 1 sen yg amat sensitif.
      Kita dapat lihat setiap syiling 1 sen terdapat kesan cap jari
      dikedua2 bah muka. Ini kerana kelembapan jari kita amat
      mudah melekat pada permukaan yg licin. Oleh itu sebagai
      menjaga keadaan asal kita terpaksa gunakan sarung tangan
      nipis seperti pihak hospital gunakan agar kelembapan jari
      tidak terkena muka syiling.
      Keduanya, jangan campurkan antara syiling elok dgn syiling rosak walau pun sedikit. Kalau boleh asingkan mengikut gred
      Keutamaan pada syiling 1 sen berbanding yang lainnya.
      Terima kasih depankanta kerana sudi berkongsi info.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s