Die Chips Error?

 Lintah

Jangan disebut pasal lintah, baru dipandang terasa geli, error coin ini baru bergetah, ditelek direnung berkali kali.

Lintah moden dipelihara orang, untuk perubatan cara tradisional, Die Chip Error sudah bersarang, diangka satu memberi signal.

Badan membulat dipenuhi darah, setelah menghisap sehingga kenyang, die chip dipuncak bagaikan lintah, duduk bersantai bersenang lenang.

 

Lintah darat jangan didekat, kelak menyesal seumur hidup, rupa syiling sudah tak berkilat, kerana usianya sudah meletup.

Lintah liar dalam kubang dan parit, lintah ternak ditempat selesa, nilai muka syiling ini belum terbit, gambar diatasnya nampak  macam biasa.

 

Lintah melekat di nombor satu, darah meleleh pada kaki kakinya, Die chip dinamakan sudahlah tentu, bertapak melekat tiga tempatnya.

Membulat perut kerana santapan, duduk bertenggek tanpa diganggu, syiling ditempa 1988, yang terakhir sekali untuk siri satu.

 

Anak panah merah sebagai penunjuk, tiga die chip yang dapat diterjah, yang paling atas lintah itu duduk, yang bawahnya pula lelehan darah.

Sekian saja persembahannya.

Harap kepada semua pembaca dapat memahami apa maksud sebenar syiling ini walau pun pada keluaran kali ini duacongkak tuliskan dalam bentuk berpantun. Sudah sekian lama duacongkak tidak menulis dalam bentuk pantun sebagai mana yang pernah dilakukan sebelum ini.

Bukan senang hendak mereka sesuatu dalam bentuk pantun seperti ini, apa tah lagi ciri ciri duit error amat sukar untuk diterjemahkan, lebih lebih lagi duacongkak sendiri masih terpinga pinga dengan istilah error yang ada. Terlalu banyak dan kesemuanya dinamakan dalam bahasa inggeris yang sudah tentu bukan bahasa bualan bagi duacongkak. Atas sebab itu amat sukar untuk memahami satu persatu. Mujur ada rakan rakan yang sudi memberi tunjuk ajar dan sekurang kurangnya dapatlah juga sedikit ilmu untuk duacongkak menempelkan dalam blog ini.

Mungkin pembaca semua perasan bahawa duacongkak keluarkan setiap hari isi blog adalah benda yang sama, cuma berlainan pada jenis jenis syilingnya dan juga tahun ianya ditempa serta kedudukan error yang terjadi.

Apa nak buat…!

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

6 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Memang dua congkak pakar pasal pantun ni..haha…menarik sekali syiling error diolah dgn pantun.Kalau dilihat pakar2 barat pun kadang2 menamakan macam2 istilah pada error mungkin supaya ianya mesra pembaca yg terdiri dari berbagai golongan..
    syiling 1 sen 1988 memang ada penyakit die chip yg agak serius dan banyak yg ditemui.Berbagai bentuk yg terjadi,kebanyakan adalah spt lintah duacongkak ni..hehe
    Pastikan syiling 1 sen disimpan ditempat kering dan tidak bercampur dgn yg berpenyakit kerana logamnya sangat sensitif…
    Terima kasih banyak2 duacongkak…

    • Salam kembali depankanta:
      Pantun yg dikarang memang senang dibuat, tapi kalau disuruh berbalas pantun, duacongkak lari kebelakang dulu.
      Nasihat depankanta agar menyimpan syiling 1 sen sebaik mungkin amat baik sekali, bukan untuk duacongkak saja malah kepada sesiapa saja yg membacanya terutama kepada mereka yang sememangnya seorang kolektor. Bagus nasihat begini diperingatkan dalam komen sebab…ada yang membacanya.
      terima kasih sekali lagi depankanta.

  2. Kalau bab berpantun, rasanya tiada blogger yang dapat menandingi duacongkak, rima dan pembayangnya amat bermadah sekali.🙂

    Apa-apa pun untuk pengumpulan syiling ralat, bukan sahaja minat dan ilmu amat penting, malah imaginasi. Seperti duacongkak yang menyamakan die cud ini dengan lintah, saya amat bersetuju! Perkara seperti inilah yang membuatkan pengumpulan syiling error lebih menarik.

    Syabas duacongkak. Teruskan berkongsi.😀

    • Salam mnfadzlyaj…
      TQ atas dorongan dan ulasan yg diberikan. Sememangnya nampak mudah untuk diolah dalam pantun tp perlu juga diambil kira maksud dan tujuannya. Tidak boleh semborono sahaja kerana nilai pantun itu sendiri adalah khazanah negara.
      Bagi duacongkak bukanlah pakar sangat dalam ilmu berpatun tp diciptakan sekadar menarik minat pembaca agar tidak lupakan warisan budaya.
      Bersama hobi cuba diselitkan Budaya rasanya tidak jadi kesalahan…
      TQ sekali lagi mnfadzlyaj…

  3. Hi duacongkok,
    Pelbagai die chip error kadang-kala boleh dijumpai pada duit syiling 1sen.
    Ini mungkin disebabkan jumlah tempaan mereka agak banyak sedikit jika dibandingkan dengan syiling berdenominasi lain.
    Namun kami mendapati kesemua variety dijumpai memang unik dan menarik sekali.
    Lebih menarik, jika kesemua variety syiling Malaysia ini boleh dimasukkan ke dalam satu forum untuk rujukan semua pengumpul.
    Terima kasih banyak, duacongkak🙂

    • Hi whycollect…
      cadangan untuk kumpul semua jenis die chip error amat dialu2kan, kita perlu kumpul dan susun jenis2 error yg ditemui dari setiap pengumpul dan di1 kan dlm 1 tempat yg mudah di buat rujukan. Masalahnya siapa yg dapat berbuat semua itu.
      Apa pun terima kasih atas cadangan whycollect, setidaknya kita sudah berusaha memperkenalkan bentuk error yg ada dlm blog cuma nama dan jenis error yg sukar duacongkak terjemahkan.
      TQ whycollect.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s