20 sen 1988

Kecacatan Rim.

Banyak persoalan yang timbul dengan sekeping syiling 20 sen 1988 ini. Nampak seperti Error dan ada juga seperti perbuatan tangan yang gatal. Apa pun rupa bentuknya seolah olah terjadi semasa proses tempa dan mengalami kecacatan seterusnya akibat gesaran dan hentakan akibat dari penggunaan seharian sebelum menyinggah ke tangan duacongkak. Bila sudah sampai ketangan kolektor murahan ini maka terperaplah dia.

Penunjuk anak panah yang tertumpu sekeliling Rim. Apa yang tidak kena pada Rim tersebut? Persoalan yang pasti akan ditimbulkan untuk difahami. Jika kita lihat pada sekeliling Rim coin ini ternyata, seperti adanya CUD yang panjang dan menambah ketinggian Rim. Ada juga yang seperti terkena ketuk kerana kita dapat lihat kesan lukanya berselang selang. Biasa kalau ada kesan ketuk bermakna bahagian tersebut lebih tinggi dan tidak serata.

Lihat bahagian belakang pula iaitu muka pada nilai syiling ini serta tahun ditempa.

Keadaan syiling ini bukan saja berlaku dibahagian hadapannya saja, malah turut berlaku pada bahagian belakang. Sekiranya Error ini diistilah sebagai CUD Error, sudah pasti amat menarik kerana kebiasaan yang ditemui CUD Error hanya tempelan metal pada Rim yang kecil dan tidak pada sekeliling syiling. Sebagai contoh yang pernah dikeluarkan dengan tajuk KELEPET untuk syiling 50 sen 2002 yang lalu.

Selain CUD Error, keadaan rim ini juga boleh dinamakan Finned Edge Error. ( Sirip ). Ini kerana biasanya CUD Error bentuknya satu metal melandai menutupi Rim dari luar ke dalam. Tapi bagi Finned Edge keadaannya bersirip dan menegak serta ada yang tajam.

Pendapat otai amat diperlukan disini agar ianya lebih tepat lagi. Bagi duacongkak yang baru sangat tahu nama nama jenis Error takut tersalah tafsir.  Kalau salah ianya boleh merosakkan nama.

Kita lihat bahagian bahagian lain dari gambar yang diambil.

  

Keadaan posisinya yang berlainan.

Bahagian sisi.

Dua anak panah merah menunjukkan metal yang terlipat pada collar coin seperti CUD.

Posisi dalam kedudukan terbalik.

Kedudukan muka depan syiling ini. 

Apa saja gambar yang ditunjukkan diatas adalah semata mata untuk dilihat keadaan sekelilingnya. Error bagi duit syiling 20 sen agak kurang atau jarang ditemui kecuali berlaku disebabkan oleh perlakuan orang atau terjadi selepas proses tempaan. Apa lagi setelah lama dipergunakan dan berpindah tangan ke tangan. Error lain yang ditemui oleh para kolektor luar adalah dari jenis Rotated Die. Ramai juga yang sudah tunjukkan Rotated Die 20 sen cuma duacongkak saja yang belum siarkan disini. Sebab Rotated Dienya kurang menarik.

Sokongan dari pakar pakar Error Coin amat perlu untuk perjelaskan lagi jenis Error yang ditemui pada syiling 20 sen 1988 ini.

Bagi duacongkak

Apa pun simpannnnn…dulu.

  

2 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Dari pemerhatian foto2 ini,depankanta berpendapat syiling ini ada fenomena minor finned edge pada kedudukan jam 10.00-2.00 pada bahagian muka dan jam 3.00 hingga 9.00 pada bahagian belakang.Ketinggian fin ini biasanya dapat dirasakan dengan jari..Kesan spt “cud’ itu pula adalah hasil dari tebing torehan lama yg terlipat,lama kelamaan ianya seolah2 bersatu dgn planchet dan kelihatan spt cud..Ini hanya sekadar pendapat depankanta..
    Terima kasih banyak2 duacongkak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s