Back To School

Pulak dahhhh….!

Percutian sekolah sudah berlalu dan hanya tinggal separuh bulan saja lagi kita akan menyambut Tahun baru. Bila tiba tahun baru 2012 sudah pasti setiap ibu bapa bersiap sedia untuk menyediakan peralatan sekolah untuk anak anak mereka. Bagi duacongkak, tahun 2012 berarti tiada lagi anak anak yang bersekolah rendah mahu pun yang menengah dan hanya tinggal menyiapkan kemasukan anak ke institusi pengajian tinggi. Itu pun sekiranya pencapaian yang diharapkan dari anak bongsu mendapat keputusan cemerlang bagi mengikuti jejak langkah kakaknya yang kini masih belajar di ‘ U ‘.

Bagi mereka yang masih anak kecil dan bersekolah rendah atau menengah sudah tentu persiapan awal sudah dimulakan dengan membeli serba sedikit kelengkapannya. Kata orang persiapan disediakan secara berperingkat memandangkan kos sekarang amat tinggi untuk disediakan secara mendadak. Jangan tangguh tangguh tau…bagi mereka yang masih mempunyai anak yang bersekolah.

Kali ini duacongkak sekadar tunjukkan bag galas yang perlu untuk mereka sebelum persekolahan tiba.

Teringat masa kanak kanak dulu, perbelanjaan sekolah sehari hari hanyalah 10 sen. Kekadang 5 sen pun tidak diperolehi. Tapi pada zaman duacongkak dulu 10 sennya bukan berbentuk seperti dalam gambar. Sudah semestinya  10 sen bentuk Parlimen yang digunakan setiap hari. Kekadang saja dapat bawa duit 20 sen.

Cerita bag galas tapi duit syiling pula yang ditunjukkan.

Bukan apa…sekadar mengenang kembali semasa zaman persekolahan dulu.

Cerita beg galas ini adalah kerana pada duit syiling ini sendiri meempamirkan cara cara untuk menggalas beg dibahagian belakang badan. Sesiapa yang perasan bagus lah…tapi bagi mereka yang tercari cari cuba lihat pada angka ‘ 9 ‘ untuk ‘ 97 ‘. Terdapat die chip yang melekat dibahagian belakang angka tersebut. Amat jarang kita menemui syiling 10 sen yang ada die chip kecuali yang ada metal di mata ‘ 9 ‘. Sering kita temui die chip begini pada duit syiling 50 sen 1997, tapi kali ini ianya menumpang pula pada 10 sen 1997.

Sepertinya adik terlebih dulu buat persediaan Back To School maka sebab itulah saudaranya yang besar ada yang ‘ Bergenang Si Air Mata ‘.

Die Chip terjadi pada angka ‘ 9 ‘

Apa apa pun simpannnnn…dulu. 

4 Comments

  1. Hi duacongkak,
    10 sen beg galas ni rasanya masih mudah didapati. Dan yang menariknya, bagi mereka yang minat dan mahu berjinak-jinak dalam arena syiling ralat ini, syiling ini boleh dijadikan penyeri dan topik bualan!

    • Selamat bertemu kembali mnfaj yg lama menyepi dlm ruangan komen. Terima kasih banyak2 kerana dapat juga muncul disini sebagai penyeri blog yang masih mentah.
      Semakin hari semakin berkurangan temui jenis2 syiling ‘RALAT’ bagai dikata. Apatah lagi bila tahun 2012 akan muncul syiling keluaran terbaru dan sudah pasti siri 1 dan 2 akan beransur lupus dalam edaran.
      Syiling ‘beg galas’ duacongkak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s