Defective Planchet

Perghhh…macam orang pandai tu…!

Kita lihat saja apa yang dikatakan Defective Planchet.

  

Bahagian muka depan iaitu gambar bahagian atas.

Bahagian belakang syiling dengan tertera tahun 2002 ianya ditempa.

Gambar ketiga digabungkan agar mudah untuk melihat kedua duanya secara serentak. Selain  Defective Planchet terjadi pada coin ini ada juga kemungkinan berlaku disebabkan oleh asid. Maklumat lanjut berkaitan  Defective Planchet sama sekali duacongkak tidak dapat huraikan dan sebab mengapa boleh terjadi begini juga duacongkak tidak arif. Bagi duacongkak perkataan mudah untuk diistilahkan dalam bahasa blog sendiri iaitu, coin yang membentuk seperti ” Peta Sungai “.

Kalau kita lihat keadaan duit syiling ini terutama bahagian belakangnya, bentuk rekahan begitu menarik sekali, dan sekiranya kita bandingkan dengan lakaran peta, kita akan lihat talian sungai atau saliran air yang berliku liku dengan bermula dari satu punca dan akan berkembang atau berpecah serta bercabang.

Kebanyakan rekahan itu bermula dari angka 50 dan berpecah serta bercabang keseluruhan muka syiling melalui bawah kelopak serta bawah bunga raya tanpa menjejaskan bahagian atasnya.

Samada ianya diistilah sebagai  Defective Planchet pada syiling ini, atau disebabkan terkena atau terendam asid, atau pun salah satu syiling palsu, itu semua tidak penting. Yang penting sekali:

Apa pun simpannnnn…dulu.

4 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Syiling yg dipamirkan ini lebih merupakan struck through grease dari defective planchet…
    Biasanya defective planchet akan menjejaskan keseluruhan permukaan syiling tapi bagi yg dipamirkan ini nampaknya semua imej ,rim dan huruf tidak begitu terjejas..
    Ini adalah sekeping syiling error yg sangat menarik kerana struck through terjadi pada kedua permukaan..ini sekadar pendapat depankanta,kita tunggu apa kata sifu2 pula…
    Terima kasih banyak2 duacongkak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s