Bergenang Air Mata

Bila dalam sedih.

Perkataan paling mudah difahami seperti tajuk diatas ” bila dalam sedih “ maka sesetengah orang yang amat sensitif akan mudah menitiskan air mata. Malah ada diantaranya membiarkan saja air mata bergenang dibawah kelopak mata. Ini kerana kesedihan amat terharu terutama kehilangan sesuatu yang amat disayangi. Sebagai contohnya seseorang itu akan Bergenang Air Mata akibat binatang peliharaan yang amat disayangi dilanggar kenderaan, mati atau hilang dicuri orang.

Selalunya seseorang itu Bergenang Air Mata setelah terlalu lama menangis dan mengeluarkan air mata. Ada juga yang terjadi kerana cuba mengawal keadaan atau mengawal emosi hingga bergenang air matanya dan bila tidak tertahan maka sudah pasti air matanya akan meleleh. Kedua dua keadaan ini berlaku bergantung kepada seseorang itu, sejauh mana kawalan perasaan boleh dipertahankan.

Tapi yang satu ini bukan sedih kerana kehilangan sesuatu atau ada saudaranya meninggal. Mari kita lihat sendiri apa yang dikatakan mengikut tajuk diatas.

Adusss…cerita pasal Bergenang Air Mata sekali yang keluar adalah bentuk muka syiling 50 sen. Apa sudah jadi ni…? Hehe…sabar dulu. Mungkin duit syiling ini terlalu emosi dan terpaksa mengawal perasaannya.

Lihat pula bahagian belakang bagi tanda nilai syiling ini yang ditempa pada tahun 1997. Kenapa dengan syiling 50 sen 1997 saja berlaku Die Chip Error dengan pelbagai bentuk? Ops…ada satu lagi keluaran iaitu 50 sen bagi tahun 1990. Dalam keluaran yang lepas duacongkak pamirkan 50 sen 1997 Die Chip Error ditempat yang sama tapi keadaannya seperti kiub atau untuk dirujuk semula cuba lihat keluaran dengan tajuk 50 jadi 5Q.

Memang istimewa betul dengan syiling 1997 ini, setiap kali duacongkak temuinya, sudah pasti akan mencari dan membelek belek dan bila temui Error dari jenis Die Chip, hati amat gembira dan berpuas hati. Cuma kini belum temui jenis Die Crack Error/Major Error.

Alahai…sedihnya…

Apa pun simpannnnn…dulu. 

2 Comments

  1. Hi duacongkak,
    Sepanjang masa mencari variety and error pada duit syiling Malaysia siri bunga raya ini, pelbagai jenis berjaya kita temui.
    Tetapi nampaknya ini akan berakhir nanti apabila ia digantikan dengan siri baru tahun depan.
    Jadi lebih elok tekun sedikit usaha kita mencari lebih banyak lagi sebelum kesempatan ini tiada lagi.
    Banyak terima banyak duacongkak 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s