‘ 50 ‘ jadi 5Q

Tu diaa…

Satu lagi simbol dikeluarkan sebagai daya penarik untuk blog duacongkak. ‘ 50 ‘ jadi 5Q.

Apakah maksudnya.

Sebenarnya apa yang hendak dinyatakan disini setakat tulisan rasanya tidak ada yang faham. Mesti keluarkan gambarnya sekali bagi menampakkan apa yang dimaksudkan. Baru mudah untuk difahami. Macam biasa setiap gambar yang hendak dikeluarkan sudah pasti tulisan dimulakan dulu. Bukan apa, kalau tunjuk gambar saja tanpa sebarang tulisan, takut boring pula.

Sebenarnya maksud ‘ 50 ‘ jadi 5Q adalah sekeping syiling 50 sen 1997 dimana berlaku disebabkan oleh Die Chip Error. Dari apa yang duacongkak tahu, ramai diantara kolektor memiliki syiling 50 sen 1997 yang terdapat Die Chip Error. Diantara Die Chip Error yang pernah terlihat adalah bahgian angka 50 dan juga pada angka 9 untuk tahun. Tapi bagi koleksi duacongkak hanya berlaku pada huruf ‘ 0 ‘ sahaja.

Seperti pada gambar dibawah ini.

Bahagian muka depan syiling yang menunjukkan keadaannya sudah tidak seri lagi.

Perhatikan pada gambar yang ditunjukkan dengan anak panah, dimana terdapat Minnor Die Chip Error yang halus pada huruf ‘ 0 ‘.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, duacongkak membuat keratan pada bahagian Errornya. Sebab itulah duacongkak awal awal lagi jelaskan pada tajuk ” 50 jadi 5Q ” sebab ‘ 0 ‘ yang kita lihat seolah olah menjadi huruf ‘ Q ” setelah Minnor Die Chip muncul. Sebenarnya banyak lagi jenis Die Chip pada syiling 50 sen 1997 ini. Diantaranya terdapat juga pada nombor ‘ 9 ‘ untuk ‘ 97 ‘. Ada juga yang temui kedua duanya sekali dalam sekeping syiling dan ada juga Die Chip pada angka ‘ 0 ‘ lebih panjang dan hampir kepada Die Crack Error. Apa yang dikatakan tidak dapatlah duacongkak muatkan disini kerana sesungguhnya hanya sekeping ini saja yang ada dalam simpanan dan suka dikeluarkan setelah ramai rakan rakan FB yang mengeluarkannya.

Selamat mengumpul dan mencari kepada semua rakan rakan yang sama minat/hobi ini.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

3 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Dua perkara yg menarik dalam n3 ini,pertama syiling die chip yg cantik dan kedua penerangan yg menarik…Memang satu kelebihan yg ada pada duacongkak kebolehan mengaitkan berbagai nama dan cerita dgn sesekeping syiling tapi istilah asal yg sebenar masih dikekalkan…Ini menjadikan n3 duacongkak tidak jemu dilawat..
    Die chip error sangat sinonim dgn syiling siri bunga raya,nanti kita sama2 kumpulkan mengikut semua denominasi dan gred yg agak baik..
    Terima kasih banyak2 duacongkak..

    • W/salam depankanta:
      Satu pujian yg membakar semangat untuk terus menaip dan melakar tulisan yg tidak seberapa. Almaklumlah…standard lepasan SRP ’78. Sekolah Melayu pulak tu.
      Apa pun jutaan terima kasih kerana depankanta masih tetap setia melayari blog bersepah ini tanpa rasa jemu. Bukan depankanta saja malah kepada semua yg kerap melayari blog ini, duacongkak ucapkan berbanyak2 terima kasih, kerana tanpa pengunjung maka blog akan sepi.
      Sy setuju pendapat depankanta untuk mengumpul jenis2 Die Chip yg terjadi pada syiling siri ke 2 bunga raya ini kerana terlalu banyak yg hadir dan berbagai bentuk kita boleh lihat.
      TQ sekali lg depankanta.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s