Gula2 Getah…

Lari Tajuk nie…

Selama ini blog duacongkak dikenali dengan koleksi koleksinya, tapi kenapa kali ini diberi tajuk gula gula getah pula. Bukan apa, bila teringat pada gula gula getah maka teringat pada waktu zaman bujang ketika baru lepas sekolah. Bila pergi menonton wayang di panggung mesti berhati hati ketika mahu duduk dikerusi, sebabnya takut terkena sisa gula gula getah yang diletakkan oleh mereka yang nakal.

Begitu juga ketika naik bas, pada penyandar kerusi depan kita iaitu bahagian belakang kerusi dihadapan kita, kekadang ada juga sisa gula gula getah yang diletakkan oleh orang yang tidak bertanggung jawab. Untuk makluman semua bagi duacongkak tidak pernah buat perkara itu kerana sememangnya tidak suka dengan gula gula getah hingga kini. Tapi ada sikit minat dengan apa yang hendak ditunjukkan dalam blog kali ini.

Sekeping syiling 1 sen tahun 2005.

 Die Crack n Die Chip Error 2 in 1. (kalau salah tolong betulkan)

 

Muka depan dengan tema Rebana

 

Apa kena mengena syiling ini dengan gula gula getah?

 

Lihat pada bahagian keratan ini dimana pada angka ‘ 1 ‘ untuk satu sen terdapat kesan Die Crack yang menyerupai bentuk gula gula getah yang melekat. Ianya bergumpal pada angka 1 dan memanjang ke bahagian bawah hingga huruf ‘ E ‘ untuk sen.

Bukan itu saja error yang ditemui pada sekeping syiling 1 sen ini.

 

 

Lihat pula dibahagian tahun keluarannya dimana kesan error kedua dapat dikesan. Error begini kemungkinan istilahnya sebagai Die Chip Error. Sekeping syiling 2 Error ditemui.

Selepas ini terpaksa mencari jenis jenis Error yang lain dimana lebih kurang 3k keping syiling 1 sen yang belum diselongkar. Harap bersabar untuk melihat error berikut yang mungkin akan tampil dalam blog ini.

Apa pun simpannnnn…dulu.

1 Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s