Bayangan Arca Berganda

Pernah jumpa tapi tidak serupa.

Kebiasaan yang ditemui pada syiling 10 sen dengan bayangan arca ( 0 ) atau ” bintang “. Dikenali juga dengan nama Die Clash Error. Kali ini ditunjukkan pula pertemuan yang agak istimewa untuk diketengahkan.

Contoh pertama:

Pada muka depan duit syiling 10 sen ini kita dapat lihat ‘ Bayangan Arca ‘ (Die Clash Error) yang agak kurang jelas ditempa. Sungguh pun begitu ianya tetap menjadi satu koleksi kerana terdapat pada syiling Parlimen sahaja.

Bahagian belakang untuk syiling ini adalah bagi tahun 1983. Cuba lihat pada arah anak panah dimana sedikit bayangan ‘ Bulan Sabit ‘ kelihatan pada penghujung angka ‘ 1 ‘ untuk ‘ 10 ‘.

Ini contoh bagi syiling Parlimen bagi tahun 1983. Apa yang duacongkak hendak tunjukkan disini adalah sekeping syiling 10 sen dengan Bayangan Arca Berganda.

Sekeping syiling 10 sen 1981 dimana terdapat bayangan bulan sabit pada angka ‘ 1 ‘ untuk ’10 ‘ sebagai mana keluaran 1983. Kebiasaan yang ditemui  Die Clash Error begini hanya bahagian muka depan saja dan jarang ditemui pada kedua dua bahagian muka. Apa pun belum cukup istimewa lagi untuk dinilaikan error kerana kebanyakan kolektor sudah miliki jenis ini dalam simpanan mereka.

Apa yang special adalah bahagian muka syiling 10 sen 1981 ini yang hendak ditunjukkan kepada semua sebagai satu koleksi yang mungkin tidak ramai yang memilikinya. Sebabnya…belum ada mana mana kolektor mempamirkan jenis Error yang akan ditampilkan.

 

Lihat sama sama dengan teliti pada bahagian muka syiling ini. Anak panah bahagian bawah menunjukkan bayangan arca yang pertama walau pun nampak kabur sedikit. Anak panah kedua ( bahagian atas ) pula menunjukkan bayangan arca biasa yang ditemui pada syiling 10 sen. Apa yang istimewanya cuba lihat betul betul pada arca tersebut. Kita dapat lihat kesan Arca tersebut berganda. Samada berlaku disebabkan oleh Mekanikal Doubling Die (MDD) atau pun anjakan sewaktu proses tempaan. Atau lebih tepat lagi berlaku disebabkan oleh Double Die. Semua itu duacongkak tidak pasti dan kurang arif, yang pasti pertemuan begini amat jarang sekali dilihat melainkan jenis singgle Die Clash Error.

Apa pun simpannnnn…dulu. 

Advertisements

3 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Tahniah,nampaknya spesimen yg dipamirkan semakin menarik.Error yg terjadi pada syiling ini dikategorikan sebagai doubled die clash.Ianya terjadi memang sama dgn MDD tapi yg die clash terjadi disebabkan die bertembung sesama die dua kali dan MDD biasa,die menempa planchet dua kali..
    Biasanya pakar2 syiling error mengistilahkan “arca”sebagai “ghostly” (mungkin kita perlu selaras untuk BM juga)..
    Die clash bukan saja boleh terjadi double,bahkan triple atau lebih pun akan dijumpai kalau bernasib baik..hehe
    MDD tidak sama kejadiannya dengan syiling doubled die sebab MDD disebabkan pergerakan die semasa proses menempa dan doubled die adalah sememangnya keadaan “doubled” ini telah sedia ada pada die akibat kesilapan semasa proes pembuatan die (hubbing process)..nucoins ada membuat komen lengkap utk proses ini dalam blog depankanta.
    Terima kasih banyak2 duacongkak,perkongsian semakin menarik..

    • e/salam depankanta…
      komen yg lama tidak berbalas…ada sikit masalah problem dengan pc bila talian talipon kena potong baru2 ini. Apa pun komen dari depankanta amat menarik sekali. Sebarang kesilapan harap maaf , bukan saja pada depankanta malah kepada semua pembaca dan pelayar blog duacongkak.
      Penemuan double clash die ini sudah cukup menarik untuk disimpan dan dipamirkan lebih2 lagi kalau ada triple die clash macam saudara depankanta miliki sudah tentu lebih memuaskan hati.
      TQ depankanta…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s