50 sen 2010

Apa yang dikata sebelumnya…

Bila keluaran yang lepas menyatakan berkaitan syiling 50 sen 2010 maka dikeluarkan juga tentang syiling tersebut sebagai memenuhi isi kandungan dalam blog duacongkak.

Memadai dengan muka belakangnya sahaja yang ditunjukkan.

Yang penting…

Lihat dua gambar dibahagian atas dimana pada sisi syiling 50 sen 2010 ini, cetakan BANK NEGARA MALAYSIA tidak berapa jelas dilihat dengan mata kasar dan kelihatan samar samar.

Berbanding pula dengan syiling tahun yang sama dibawah ini. Tulisan BANK NEGARA MALAYSIA lebih jelas dan terang untuk dibaca.

Lihat pula gambar gabungan kedua dua syiling ini.

Boleh bezakan diantara syiling atas dengan syiling bawah.

Gambar ini dialihkan syilingnya, yang atas kebawah dan yang bawah berada diatas pula. 

Gambar yang ditunjukkan ini diambil mengikut putaran syiling agar dapat lihat keseluruhan pada cetakan BNM tersebut. Bagi syiling yang cetakan BNM kabur itu bukan dari golongan Tumbled Coin tapi sebenarnya tulisan BANK NEGARA MALAYSIA berkemungkinan cetakannya terlalu perlahan dan sepertinya tulisan tersebut cuma sekadar bayangan. Syiling ini juga bukan dari golongan syiling palsu seperti yang terdapat dalam edaran atau simpanan sesetengah kolektor, ianya adalah tulin dan asli. Ini kerana dalam simpanan duacongkak sendiri sudah ada lebih kurang 10 keping syiling palsu pelbagai tahun sebagai koleksi dan boleh dibezakan antara palsu serta yang asli. Begitu juga dengan Tumbled Coin dimana dari siri 10 sen, 20 sen dan 50 sen ada lebih kurang sepuluh keping kesemuanya untuk dibuat perbandingan.

Yang istimewanya bila kita terjumpa sesuatu yang ada kelainan pada setiap syiling untuk dijadikan koleksi.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s