Huruf Halus dan Huruf Besar.

Jangan Terkejut…

Satu pertemuan yang baru dalam koleksi syiling 50 sen, Mungkin ramai yang tidak perasan tapi bagi duacongkak mungkin ini adalah satu yang istimewa juga untuk jadikan koleksi.

Apa yang halus dan apa yang besar?

Syiling 50 sen untuk tahun 1998

Pada bahagian muka depan dan muka belakang syiling ini tiada apa apa yang menarik kerana nampak biasa saja. Cuma bila kita lihat dibahagian tepi pada tulisan ” BANK NEGARA MALAYSIA” ada perbezaan yang ketara.

Tulisan tepi yang pertama.

Tulisan tepi yang kedua pada sekeping syiling. Boleh nampak perbezaan atau tidak. Yang pastinya pada gambar tepi pertama itu, tulisan BNMnya besar dan kasar berbanding dengan tulisan BNM pada gambar tepi yang kedua dimana, tulisannya nampak lebih halus.

Satu lagi contoh yang dapat dilihat dimana perbezaan pada cetakan tulisan Malaysia dan juga Bank. 

Perbezaan pada bahagian tulisan Malaysia dan Bank. Gambar atas tulisan Malaysia lebih halus dari tulisan Bank dan pada bahagian gambar bawahnya pula tulisan Malaysia lebih besar dan kasar dari tulisan Bank. Kebiasaan yang kita lihat atau jumpa adalah tulisannya sama saja, sekiranya yang satu kasar maka kedua duanya kasar, begitu juga dengan tulisan yang halus maka kedua duanya halus. Tapi bagi syiling ini terdapat perbezaannya. Dua dalam satu, ada yang kasar dan ada yang halus.

Ada juga sesetengah syiling terutama bagi tahun 2010, tulisan BANK NEGARA MALAYSIA amat kabur dan tidak berapa jelas cetakannya. Kalau tidak percaya, cuba perhatikan pada setiap syiling tahun 2010.

Mungkin syiling begini kurang menarik tapi…

Apa pun simpannnnn…dulu.

2 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Penemuan yg istimewa begini adalah hasil pemerhatian yg sangat teliti..Pendapat depankanta syiling ini ada ciri2 minor off centre pada permukaannya,planchet tidak berada pada kedudukan yg tepat DItengah2 chamber semasa proses penempaan menyebabkan bahagian sisi (edge) syiling ini juga tertempa dgn tekanan yg berbeza dan hasilnya ada huruf yg jelas dan ada yg kabur..Ini sekadar pendapat depankanta.
    Terima kasih banyak2 duacongkak…

    • TQ depankanta,
      ciri2 cetakan yang pelbagai perlukan ketelitian untuk mendapatkan sesuatu yang terbaru dalam pencarian.
      Pertemuan syiling ini secara tidak sengaja dan sudah semestinya menarik untuk dijadikan specimen bagi kajian mereka yang lebih arif…duacongkak sekadar mencari dan jadikan koleksi serta petunjuk kepada kolektor lain untuk turut sama mendapatkannya.
      Terima kasih kembali depakanta.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s