50 sen 2004 error

Usaha Tangga Kejayaan

Begitulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam pencarian syiling dari jenis jenis error. Bukan senang dan bukan semua kita boleh perolehi error yang menarik. Hanya daya usaha dan ketelitian saja yang dapat menghasilkan sesuatu ditambah juga tanpa rasa jemu.

Tujuan duacongkak mengeluarkan setiap error yang ditemui setiap satunya ada kelainan masing masing. Dengan cara ini sekurang kurangnya ada diantara kolektor luar cuba berusaha mencari dan mendapatkannya kerana, setiap yang error pasti ada pasangan atau persamaannya kerana alat tempa adalah sama cuma, QC mungkin terlepas pandang atau terlepas dalam edaran. Untuk mendapatkan kualiti yang baik maka terpaksa kita berbaik baik dengan pihak BNM atau mana mana kenalan yang berkait dengan BNM. Apa yang duacongkak perolehi kebanyakannya dari hasil pencarian dari tukaran syiling yang sudah lama beredar dipasaran. Itu yang termampu.

Kali ini kita lihat syiling 50 sen 2004 dari jenis error yang mungkin belum pernah dilihat sebelum ini.

Muka Belakang 50 sen 2004

Muka depan dengan imej wau

Dari apa yang kita lihat syiling ini pada bahagian belakangnya kelihatan Rim menebal disudut atas bermula arah jam 11.00 dan mengecil disudut bawah arah jam 5.00 Semua itu tidak penting sangat kerana apa yang menarik adalah bahagian tepi syiling ini yang akan ditunjukkan.

 

Lima gambar setiap sudut syiling 50 sen 2004 diatas. Gambar gambar yang menunjukkan bahagian tepi syiling ini terdapat pembahagian yang amat ketara sekali. Sebelum ini duacongkak pernah keluarkan syiling 50 sen yang terjadi error bahagian tepi tapi kali ini agak kelainan dari yang dikeluarkan sebelumnya. Satu garisan ditengah tengah duit syiling ini menajadikan satu pembahagian diantara dua cuma tidak berlaku Skuriti Edge saja seperti mana syiling 50 sen 1967, 1968, dan 1969.

Tidak mustahil suatu hari nanti akan ada yang keduanya.

Apa pun simpannnnn…dulu. 

 

2 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s