Rebana Ubi vs Gendang

1 sen 2005 error

Lama juga menyepi dengan tanpa memperdulikan keluaran terbaru dalam blog. Akibatnya kemorosotan berlaku dalam pelayaran oleh mereka yang sebelum ini sentiasa melawat blog duacongkak.

Jutaan ampun dan maaf kerana lama tidak memuatkan siri siri error terbaru. Bukan berarti blog ini sudah berakhir atau terkubur, cuma duacongkak sejak demam tempoh hari, jadi malas hendak membuka internet malah dalam FB pun duacongkak jarang jarang buka. Kalau buka pun hanya sekejap saja lepas itu tutup dan rehat.

Kali ini duacongkak mahu muatkan sekeping syiling 1 sen yang ada sedikit kecacatannya. Semua orang tahu syiling 1 sen siri kedua bunga raya dengan wajah depannya bentuk Rebana Ubi. Tapi berbeza dengan syiling ini dimana Rebana Ubinya sudah menjadi Gendang/Tabuh.

Syiling ini di tempa pada tahun 2005 dan dimasukkan dalam folder demi mengelakkan dari hilang. Almaklumlah, syiling bila dibiarkan bersepah maka akan bercampur gaul dan tidak tahu mana letaknya. Selain dari itu duacongkak ingin jadikan petunjuk dimana kedudukan syiling tidak berubah atau diubah ubah semata mata mahu tunjukkan yang ianya error. Lihat ubat stapler berada diatas dibahagian tengah sebagai panduan.

Rotate Die

Lihat sendiri bahagian dimana Rebana Ubi sudah menjadi Gendang/Tabuh. Bukan dibuat buat tapi terjadi semasa proses penempaan dilakukan. Lihat panduan pada ubat stapler dibahagian tengah atas yang membuktikan kedudukan syiling ini asalnya tegak dan bila dilihat bahagian depannya, ianya sudah berubah.

Bukan senang untuk menemui sesuatu yang error begini jika tidak ditenung betul betul. Hinggakan kepala menjadi sakit kerana mengamati syiling syiling kecil begini. Malah duacongkak masih belum selesai dalam pencarian kerana tidak sanggup lagi mengamati satu persatu syiling yang ada.

Terpaksa berehat dulu dan yang mana sudah ditemui akan dimuatkan dalam blog secara perlahan lahan. Mata penat, kepala sakit, malah pandangan pun semakin kabur.

Apa pun simpannnnn…dulu.

4 Comments

  1. Salam dan syabas duacongkak,
    Rotated die error yg cantik.menghampiri CW 100 darjah…Tidak ramai pengumpul yg pamirkan rotated die error yg terjadi pada syiling 1 sen,kalau rajin mencari dan bernasib baik kita akan jumpa yg sampai 180 darjah…
    Terima kasih banyak2 duacongkak,banyakkan berehat fizikal dan minda…

    • TQ depankanta,
      Tuah badan bila temui rotated die error pada syiling 1 sen ini. Biar pun penat membelek tapi bila berhasil temui sesuatu yg amat bernilai untuk dipamirkan, rasa puas dan hilang kepenatan untuk sementara waktu. Kini hanya tinggal syiling 20 sen yg belum menyinggah ketangan.

      Kebelakangan ini agak slow sikit pencarian error memandangkan keadaan minda yg tertekan. TQ.

    • TQ Dickson Niew atas jawapan diberi.
      Sy setuju dengan Sifu Dickson dimana untuk mendapatkan Rotated Die Error BU/UNC amat sukar malah bagi sy untuk dapatkan yg VF pun sukar juga diperolehi.
      100/200 malah ribu ribu keping pun belum tentu boleh dapat dgn mudah.
      Apa pun TQ atas perkongsian pendapat/pandangan yg dialu alukan dari sifu.

Tinggalkan Jawapan kepada duacongkak Batal balasan