50 sen Extra Dot Berganda

Pertemuan yang tidak dijangka.

Kalau dikatakan bertuah, mungkin bertuah juga sebab jarang untuk kita temui 50 sen 1988 extra dot. Walau pun duacongkak sudah ada dua keping syiling 50 sen 1988 yang ada extra dot, tapi muncul pula sekeping lagi dengan dua extra dot. Sudah tentu lebih menarik. Sayangnya duit syiling ini dalam keadaan yang bukannya cantik. VF pun tidak mengapa juga tapi, bagi syiling ini diletakkan sebagai ( Fine ) sebab rupanya sudah kehitaman dek usia atau pun mungkin baru keluar dari tanah atau terendam asid. ( Mungkin ada orang jumpa dan buat belanja. )

Rupa bentuk syiling 50 sen 1988 yang dikatakan itu.

 

Bahagian muka dengan petunjuk anak panah merah pada bulatan. Didalam bulatan tersebut terdapat extra dot yang dimaksudkan. Pada mulanya hanya perasan pada extra dot biasa yang kita ketahui iaitu pada bahagian atas Parlimen. Setelah gambar diambil dan dengan jelas terdapat satu lagi extra dot diatas permukaan duit syiling tersebut. Sudah kira special bila terdapat dua extra dot yang tidak diketahui ramai. Saiz dotnya hampir sama besar.

Keratan dari gambar atas untuk lihat lebih jelas. Apa yang anda perhatikan sudah pasti perasan disudut atas Parlimen dalam bulatan adalah extra dot. Cuba perhatikan garis bulatan disudut jam 11.00, terdapat dua dot kecil lagi yang duacongkak tidak nyatakan. Bagi duacongkak, dot tersebut tidak berapa istimewa kerana bila dilihat dengan mata kasar agak kurang jelas. Tidak seperti yang kita lihat dalam gambar. Hanya dua dot jelas dan nyata dengan pandangan mata kasar saja diambil kira.

Semoga selepas ini lebih ramai lagi yang boleh jumpa siri dot ini agar boleh diiktiraf sebagai adik beradik. Baru boleh dikatakan dot terjadi disebabkan oleh proses percetakan sewaktu tempaan dibuat.

Apa pun simpannnnn…dulu.

4 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Hitam bukan sebarang hitam,syiling ini hitam manis…Tambah lagi ada dua tahi lalat yg menghiasinya..haha
    Extra dot syiling 50 sen 1988 diberi premium yg agak tinggi oleh pakar numismatik,mungkin akan datang akan lebih melambung harganya..
    Tahniah dan terima kasih banyak2 duacongkak…

    • salam kembali depankanta.
      Jauh disudut hati amat kagum dengan depankanta yang mahir dengan nama2 error seiring dengan pakar2 numis (error) yang dikenali dalam blog dan jg kelab2 numis. Sesungguhnya bagi duacongkak amat menghargai apa jg komen dr mereka yg terus beri perangsang untuk mendapatkan jenis2 error seterusnya.
      Yang penting perkongsian pendapat diperlukan.
      Extra Dot dan dapat pula extra tambahan dot tahi lalat di dahi. Jarang kita kita juma kecuali bahagian bibir atau pipi.
      Apa pun TQ depankanta…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s