Syiling 20 sen 1991

Double Die Juga ke…?

Bagi duacongkak, paling mudah untuk diletakkan sesuatu error yang kelihatan berganda pada cetakan, tidak lain tidak bukan adalah jenis cetakan berganda. Walau pun ada juga jenis yang sama tapi diistilahkan lain pula. Umpamanya masalah pada mesin cetakan yang bergegar sewaktu proses hentakan. Mari kita lihat dulu gambarnya.

Bentuk muka belakang dengan tertera tahun keluarannya iaitu 1991. Tapi yang menjadi lebih menarik adalah disebabkan bayangan yang terdapat pada angka 20 dan juga angka 9 seperti cetakan yang berganda.

Lihat pula muka depannya.

Pada bahagian muka depan juga kita dapat lihat bagaimana keadaan gambar tepak sirih, kacip dan juga buah pinang nampak jelas kesan cetakan yang berganda. Biasa yang ditemui adalah satu bahagian saja yang terjadi gandaan tapi berbeza pula dengan syiling 20 sen 1991 ini. Bahagian muka depannya lebih banyak terjadi cetakan berganda yang lebih kepada gegaran sewaktu ditempa.

Lihat pada setiap arah anak panah yang menunjukkan kedudukan arca berganda. Semua ini ditunjukkan pada keadaan yang jelas dilihat dengan mata kasar, sebenarnya kalau diteliti dengan lebih berhati hati, kita dapat lihat juga kedudukan sirih serta set anak tepak sirih yang enam itu, (bekas pinang, kapur, gambir, tembakau dsb) ternyata arca mereka juga dalam keadaan berkembar. Boleh dikatakan arca atau imej dibahagian muka depan ini kesemuanya dalam kedudukan berganda.

Sayangnya syiling yang ditemui ini sudah tidak secantik yang diharapkan kerana kedua dua mukanya sudah tidak berseri, setidak tidaknya dalam gred EF pun sudah memadai jika tidak dapat yang UNC. Walau bagai mana pun syiling ini masih kekal asli dan belum pernah dibersihkan sejak berada ditangan duacongkak.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

4 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Depankanta berpendapat ini syiling MDD.Syiling DD tulin belum pernah dijumpai terjadi pada kedua permukaan syiling.
    Memang benar pendapat duacongkak,die yg menempa syiling ini longgar dan bergegar sikit jadi kesan pada syiling pun bergegar jugak!..haha
    Apapun syiling Malaysia MDD kedua permukaan begini agak sukar dijumpai..
    Terima kasih banyak2 duacongkak,depankanta hanya sekadar beri pendapat peribadi,mungkin lain pula pendapat pakar2 kita…

    • Salam kembali,
      TQ depankanta, kerana sudi beri komen, Apa yg kita temui dari pelbagai jenis error atau sesuatu yg agak kelainan sudah tentu menarik minat pada pengumpulnya. Waima sekecil mana sekali pun jenis errornya pasti disimpan untuk jadikan bahan rujukan dan ingin tahu apa kerosakannya.

      Bila jumpa sesuatu dan dipamirkan, pasti ada yg sudi utk perjelaskan seperti depankanta yg sering beri pandangan. Terima kasih sekali lg diucapkan, sebarang komen bukan utk kita berdua saja tapi juga kepada rakan2 lain yg menjengah blog duacongkak.
      TQ…TQ…TQ…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s