Double Die 5 duit

5 sen 2008 double die.

Pernah sebelum ini duacongkak keluarkan syiling 5 sen double die tahun 2008. Kali ini dikeluarkan lagi kerana penemuan kali kedua bentuk dienya lebih ketara dan hampir kesemua bentuk muka syiling ini berkembar.

Muka depan syiling 5 sen 2008

Keadaan muka belakang syiling 5 sen 2008

Dari apa yang dapat kita lihat, syiling ini cukup menarik kerana setiap tulisan ” BANK NEGARA MALAYSIA”, cetakan Tahun 2008 dan juga cetakan ” SEN ” kesemuanya nampak berkembar. Begitu juga pada tangkai debunga pada bunga raya, keadaannya juga nampak jelas berkembar.

Bagi para penggemar syiling berkembar yang ingin memilikinya kena pastikan setiap syiling 5 sen 2008 janganlah terlepas pandang. Ini kerana diantara pengeluarannya terdapat cetakan berkembar seperti ini. Setakat ini duacongkak baru miliki dua keping syiling 5 sen double die tp kedua duanya dalam bentuk yang berbeza. Pemburuan untuk mendapatkan koleksi yang lebih banyak masih diteruskan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

4 Comments

  1. Salam dan Tahniah duacongkak,
    Doubled die pada syiling Malaysia sukar ditemui,ianya sering terkeliru dgn MDD dan die deterioration yg juga kelihatan pada sebahagian imej ada kesan tempaan berganda.Setakat ini dikalangan pengumpul syiling error belum jumpa DD yg sempurna spt syiling ini pada denominasi 10sen..Sama2 kita terus memburu dan siapa jumpa dulu bolehlah pamir utk dikongsi bersama…
    Terima kasih banyak2 duacongkak…simpan,jangan tak simpan..hehe

Tinggalkan Jawapan kepada duacongkak Batal balasan