20sen 1990 botak

Siri kedua syiling botak

Layan lagi dengan siri duit syiling 20sen yang tiada gigi dibahagian tepi. Kali ini dikeluarkan bagi syiling keluaran tahun 1990.

Bahagian muka belakang yang tertera tanda nilai 20sen keluaran tahun 1990

Gambaran dari sisi berpusat pada arah jam 6.00 Pandangan pada bahagian tepinya ternyata tiada menampakkan gigi syiling sebagai mana yang kita lihat selama ini.

Lihat pula kedudukan syiling pada jam 12.00 juga tanpa kelihatan gigi syiling. Bukan diasah atau disagat tapi penemuannya yang tanpa diduga sudah berada dalam keadaan sedemikian. Hanya kerajinan saja yang mendatangkan hasil setelah membelek setiap syiling yang diterima ditangan. Terpaksa berkorban duit juga untuk mendapatkan satu jenis, ada pelbagai cara antara kolektor melakukannya bagi tujuan mencari kepuasan dan tidak ketinggalan juga bagi duacongkak yang terus memburu syiling syiling error pelbagai.

Bahagian muka depan syiling 20sen 1990. AWAS jangan tenung gambar ini kerana khuatir memberi kesan pada mata anda. Ini kerana gambar duit syiling ini nampak kelabu/kelam.

Muka depan syiling dan perhatikan pada bahagian tepi yang tiada sebarang gigi lagi.

Syiling yang sama dengan kedudukan yang berbeza. Rasanya cukup saja disini dan keesokan hari akan menyusul syiling lain dengan tahun yang lainnya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s