Die Crack or “TAKEK”

BAHASA DARI YANG BUKAN PAKAR NUMIS.

Die Crack or TAKEK sengaja disebut sebagai tajuk diatas kerana penemuan duit syiling yang mungkin tidak menarik dan mungkin juga tiada value dalam sejarah numis sendiri. Bagi duacongkak yang penting sekali, setiap pertemuan agak anih atau luar biasa dari apa yang kita lihat setiap hari pada duit duit syiling, sudah tentu akan di kutip dan disimpan terlebih dulu sehingga tiba gilirannya maka akan terbit dalam blog semata mata untuk perkongsian.

Mungkin pakar pakar numis diluar sana perasan dengan setiap keluaran bersama bahan bahan yang mungkin tidak pernah dilihat. Atau pun mungkin ada diantaranya turut menyimpan dan cuba mencari fakta sebab sebab berlaku kecacatan demi mendapatkan pengesahan jenis error sebelum di daftarkan.

Apa pun mari kita lihat dulu syiling yang dimaksudkan.

Sekeping syiling 10 sen 2006…Apa yang menariknya?

Muka depan yang kelihatan silau disebabkan oleh flash camera. Maaf kerana duacongkak hingga kini belum pandai mengambil foto terbaik.

Apa yang menarik sekali pada syiling 10sen ini adalah kerana disekeliling rim depan dan belakang kelihatan calar calar seperti kena takek. Kesan luka hanya terjadi pada bibir rim. Apakah disebabkan oleh acuannya yang pecah sewaktu duit syiling ini ditempa…? atau terjadi disebabkan oleh golok yang tajam…?

Kita cuba lihat gambar gambar dari beberapa sudut depan dan belakang.

   

Gambar diambil dari posisi bucu rim untuk melihat kesan TAKEK tersebut. Apa yang dapat kita lihat kesannya tidak terjadi pada bahagian milled atau gigi gigi syiling.

Bila kita lihat bahagian muka belakangnya juga kelihatan sama dengan kesan kesan TAKEK pada rimnya. Pada gigi syiling tiada kesan dimana jika difikir secara logik, sekiranya dilakukan dengan senjata tajam, pasti bahagian gigi turut terjejas.

Gambar yang sama lagi…? Sebenarnya duacongkak mahu tunjukkan kedudukan syiling dengan putaran 360 darjah, sebab itu pelbagai posisi dikeluarkan semata mata untuk beri peluang kepada pelayar blog perhatikan dengan jelas tanpa perlu tanya lagi. Lebih lebih lagi kepada pakar numis yang ingin tahu kedudukan sebenar jenis error dan sebab belaku sedemikian rupa.

Ada lagi…!

Gambar bahagian depan syiling dalam posisi lainnya.

Malas nak cerita lagi…

Apa pun simpannnnn…dulu.

Advertisements

2 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Nampaknya dua congkak banyak menyimpan syiling PMD(post mint damage),iaitu syiling yg rosak selepas keluar dari kilang samada sengaja atau tidak sengaja.Syiling diatas jelas ada kesan ditoreh dgn benda keras dan tajam.Kalau dikatakan “takek”bunyinya macam kuat dan kasar tapi bagi syiling nickel,kalau ditoreh pun sudah terguris macam syiling ini.Sebenarnya die crack dan “takek” bukan fenomena yg sama.Die crack merujuk kepada alat tempa syiling yg retak dan syiling yg di tempa akan ada kesan timbul(positive)..
    Semoga duacongkak terus memburu dan menemui syiling yg benar2 mint error (kecacatan dikilang)untuk dikongsi bersama…lagi bagus kalau dapat error kaw-kaw…hehe
    Terima kasih banyak duacongkak…depankanta mampu sekadar memberi pendapat..tq

    • Salam kembali:
      Hanya jauhari yang mengenal maknikam.
      Walau pun hanya gambar tp dpt nilai sesuatu
      dengan mudah. Dengan adanya ilmu segalanya dapat terjawab tanpa rasa ragu2, bagi yg masih belajar spt duacongkak, bila ada yg tunjuk ajar/beri pendapat, maka dapat jg serba sedikit ilmunya. Perkongsian ilmu begini amat dialu2kan, setiap teguran boleh membina fakta yg salah. Dgn cara begini sekurang2nya pembaca blog lain dpt memahami jg.

      TQ depankanta atas kerjasama anda bukan sekadar utk diri duacongkak malah kepada yg lain2 jg dpt menimba ilmunya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s