20sen 2001 duacongkak

Qtr.Milled

Sekeping syiling 20sen 2001 ditemui dan dijadikan koleksi menarik. Sebelum ini duacongkak pernah juga melihat rakan rakan blog atau FB yang menunjukkan keadaan syiling dengan MILLED EDGEnya berbeza sama sekali. Apa yang dimaksudkan berbeza adalah seperti yang akan ditunjukkan dengan gambarnya.

Bahagian belakang syiling 20sen tahun 2001. Sedikit info hendak disampaikan berkaitan dengan syiling 2001 ini iaitu, dalam setiap keluaran syiling 20sen bagi siri bunga raya bermula tahun 1989 hingga 2011, ternyata syiling tahun 2001, bentuk cetakannya berbeza sama sekali dengan siri siri tahun lainnya. Kita dapat lihat pada tulisan BANK NEGARA MALAYSIA cetakannya agak besar dan lebih rapat dengan kedudukan bunga raya terutama pada bahagian filemen bunga. Tulisan BNM seolah olah mengembang/lebih jelas/timbul jika dibandingkan dengan siri lain. Boleh ambil dan bezakan sendiri kerana gambar diatas bukan untuk dibuat contoh.

Dibawah pula gambar muka syiling 20sen 2001.

 

Jika dilihat kedua dua bahagian muka syiling ini tiada apa apa yang menarik kerana kelihatan sama dengan keluaran 2001 yang lainnya. Lihat beberapa gambar bahagian tepinya pula.

   

dua gambaran diatas kita dapat lihat bahagian Milled atau gigi gigi syiling diselaputi metal. Keadaannya tidaklah menutupi kesemua gigi tapi, hanya suku bahagian saja yang diselaputi oleh metal.

Lihat lagi gambaran lain dari beberapa sudut.

Gambar diambil dari sudut atas arah jam 2.00

 

Gambar diambil dari arah jam 7.00 pada bahagian belakang syiling. Ini menunjukkan metal yang menyelaputi gigi gigi syiling (milled) mengelilingi bahagian tepinya.

Gambar dari muka hadapan.

Sebelum ini pun duacongkak pernah terbitkan syiling begini sebagai rujukan dimana keadaan millednya yang berbeza. Selepas ini akan diterbitkan beberapa siri lagi berkaitan syiling yang cacat disisi…ada yang sama tapi berbeza tahunnya serta berbeza nilai mukanya.

Siap sedia saja untuk dikeluarkan nanti…

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

1 Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s