KETUAT DUIT

Apa itu KETUAT…?

Perkataan ketuat ini adalah sejenis penyakit kulit yang terjadi pada seseorang manusia tanpa disedari. Punca punca ketuat muncul duacongkak tidak dapat huraikan dalam blog ini disebabkan bukan dalam bidangnya. Cuma duacongkak dapat jelaskan bentuk ketuat yang dimaksudkan.

Diantara ketuat yang duacongkak tahu iaitu dari jenis KETUAT AYAM dan KETUAT DARAH. Semasa zaman kanak kanak pernah juga ketuat ini menyinggah pada diri duacongkak. Penyakit ini tidak menyakitkan tapi bila dia sudah membesar dan ‘ MASAK ‘, barulah terasa sakit dan pedih. Peliknya ketuat ini hanya tumbuh satu atau dua saja pada seseorang itu. Ianya seperti satu ketumbuhan yang kecil saja dan merimaskan. Selalu terjadi dibahagian jari samada kaki atau pun tangan seperti ketumbuhan. Bagi duacongkak, ketuat ini selalunya dihiris dengan pisau lipat supaya tidak membesar dan kekadang sampai keluar darah. Lama kelamaan ketuat ini hilang sendirinya.

Berbeza pula dengan KETUAT DUIT yang hendak ditunjukkan dalam blog ini.

Bahagian belakang sekeping syiling 10sen 2002. Diantara syiling yang menjadi perhatian duacongkak kerana tahun 2002 sering ditemui jenis jenis ERROR yang tidak disangka sangka.

 

Bahagian depan syiling 2002.

Pada bahagian congkak duit ini kita dapat lihat sebahagian saja iaitu tengahnya yang ada 6 lubang. Sekeliling congkak menjadi rata bagaikan dikikis dan meninggalkan bahagian kepala dan ekor congkak. Teknik untuk mengikis dan meninggalkan bahagian tengah membulat dan menonjol seperti KETUAT sama sekali tidak pasti. Apa yang menjadi perhatian pada duacongkak untuk dijadikan koleksi disebabkan ianya unik. Sekali pun ianya mungkin perbuatan orang…!!

Apa pun simpannnnn…dulu.

4 Comments

  1. salam duacongkak, sy juga turut memiliki sekeping syiling seperti syiling 10 sen 2002 seperti milik tuan yang bahagiannya depannya sama seperti milik tuan, cuma syiling saya 10 sen 2007…error jugak ker? atau angkara tangan gatai..tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s