50sen major error

Die Trial/Weak Strike Major Error.

Sekeping syiling 50 sen yang menarik dan pertama kali ditemui sebagai koleksi. Hasil pertemuan ini duacongkak terus mencari infonya dari belog rakan rakan. Dari apa yang diketahui errornya di panggil ” Weak Strike ” dan ada yang letakkan nama ” Die Trial ” dan juga ada yang menamakan sebagai “Struck Thraough Greese “. Apa saja namanya duacongkak tidak pandai tapi nama nama tersebut diberikan oleh mereka yang lebih mengetahui dan lebih PRO berkaitan syiling Error. Yang penting perkongsiannya amat menarik.

Bagi syiling ini duacongkak belum dapat sahkan nama errornya kecuali ada pakar pakar numis diluar sana yang lebih arif menentukan.

Kita dapat lihat bentuk kelopak bunga raya yang timbul sedangkan sekelilingnya hampir tidak kelihatan terutama pada tulisan BNM. Begitu juga pada bahagian bibir syiling yang timbul sekata dengan keadaan tebing yang tinggi. Cetakan tahun pada duit syiling ini juga sudah tidak kelihatan sempurna dan yang jelas pada pandangan adalah huruf ‘ 0 50 0 ‘. dan tulisan SEN lenyap. Ini gambaran dibahagian belakang syiling yang error dan cuba lihat gambaran kedudukan syiling menyendeng.

Kecacatan pada syiling ini juga tidak terlibat pada tulisan BNM dibahagian tepinya. Disekeliling syiling ini kelihatan tulisan BNM amat jelas sekali membuktikan duitnya TULIN.

Jom… Jom tengok pula bahagian depan apa yang berlaku…?

Arca pada bahagian depan duit syiling dengan bentuk WAU ini langsung tidak sempurna. Bagi sesiapa yang pernah pegang atau lihat syiling Malaysia dengan nilai muka 50 sen pasti dapat mengenali arca apa yang sebenarnya, tapi…bila pelancung atau mereka yang tidak pernah lihat duit syiling Malaysia mungkin tidak tahu apakah arca yang sebenar. Maaf kerana kilauan flash kamera Nikon menutupi arca pada duit syiling ini.

Lihat dalam keadaan menyendeng pula.

Inilah gambarannya. Jangan ingat duacongkak buat silap mata tapi sememangnya duit syiling ini diperolehi dalam keadaan sedemikian. Arca WAU langsung tidak timbul, pada mulanya disangkakan duit syiling ini ” PALSU “ tapi, lebih dipercayai syiling ini tentu tersilap tempa dan sepatutnya tidak boleh diedarkan atau perlu dilupuskan dari pasaran sejak dari kilangnya lagi.

QC TERLEPAS PANDANG.

Apa pun simpannnnn…dulu.

8 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Agak sukar menentukan error pada syiling ini,berbagai kemungkinan boleh menyebabkan ianya terjadi begini.Kalau ikut pemerhatian depankanta yg baru sejengkal ilmu syiling error,syiling ini bukan weak strike error kerana ciri2 yg ada terutama pada bahagian muka (wau) tidak menunjukan kesan tempaan yg lemah sebaliknya mungkin disebabkan pemakaian die secara lasak dan berterusan menyebabkan terjadi die deterioration..sukar juga untuk dikatakan struck through kerana kelihatan kesan bintik2 terjadi menyeluruh hingga ke bahagian rim…
    Apa pun tahniah atas penemuan yg menarik ini dan terima kasih atas perkongsian…kita sama2 tunggu komen dari pakar2 numis kita…

    • Salam kembali depankanta;
      Setiap ciri ciri error jika diteruskan penampilannya, suatu hari nanti akan menjadi bahan kajian juga bagi tujuan menetapkan jenis2 error. Kebanyakan error duit syiling Malaysia berpandukan dari jenis error syiling luar negara. Semoga suatu hari nanti akan ada penghasilan buku panduan tetap berkaitan error…itu yg terbaik.
      Apa pun jutaan terima kasih atas komen depankanta.

  2. Hi duacongkak,
    Satu penemuan yang menarik.
    Namun kamupun tidak berani memberikan komen berkenaan dengan spesimen ini kerana kurang pasti apa punca sebenarnya.
    Ya, harap ada pakar yang boleh memberi sedikit penjelasan.
    Terima kasih banyak, duacongkak 🙂

    • Hi Hi…whycollect;
      Semoga dengan apa yang ditampilkan dlm blog duacongkak sekurang2nya dapat dijadikan bahan rujukan untuk para kolektor lain…setigaknya pasti ada diantara kolektor diluar sana tidak terlepas pandang setiap syiling yang berada dalam simpanan.
      Apa pun namanya tidak penting tp yang penting duacongkak akan terus keluarkan jenis2 syiling error yang berada dalam simpanan untuk tatapan semua.
      TQ whycollect.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s