Rosak lagi…

Bukan buatan sendiri.

Sekeping syiling 20sen yang ditemui dalam keadaan amat menyedihkan, melihat pada kerosakannya seperti dilakukan oleh orang yang tidak bertanggung jawab. Sekali pun nilainya tidak sebesar mana, tapi sebagai manusia sepatutnya dapat menilai sendiri setiap mata wang terutama bagi wang Malaysia. Mungkin bagi kebanyakan orang, apa lah sangat dengan nilai 20sen tapi…berlainan dengan sikap TAUKE TAUKE besar, walau pun nilai hanya 1 sen, jika tersilap kira maka akan dicari hingga mendapat jumlah sebenar.

Rupa bentuk syiling 20 sen yang seperti diketuk pada permukaannya terutama dibahagian sekeliling depan dan belakang. Dari mata kasar sememangnya nampak di ketuk lebih lebih lagi bila dapati keadaan syiling ini lebih tipis dari saiz biasa. Bagi duacongkak pula syiling ini boleh dijadikan koleksi kerana faktor fizikal pada syiling ini masih kekal asli. Ini kerana permukaan depan dan belakangnya sama rata, berbandiang jika diketuk dengan hammer sudah pasti fizikal syiling ini tidak sama rata. Pasti ada lekuknya. Begitu juga sekiranya dilenyek atau dimasukkan dalam roller, sekurang kurangnya permukaan syiling akan melengkung atau pun tiada arca yang timbul.

Cuba perhatikan bunga raya dan angka 20 yang masih lagi timbul sedangkan bahagian sekeliling serta tulisan BANK NEGARA MALAYSIA hanya tinggal bekas saja.

Apa pun simpannnnn…dulu.

6 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Menarik juga tentang syiling ini,mungkin ada sesuatu yg perlu diteliti oleh pakar2 numis kerana depankanta pun ada juga dan pernah ternampak dalam blog whycollect…semuanya syiling 20sen siri bunga raya..Walaupun jelas ianya adalah PMD,mungkin ada perkara lain disebaliknya…
    Terima kasih banyak2 duacongkak…

    • Salam kembali depankanta;
      TQ kerana beri perhatian pada syiling ini, duacongkak tidak berani jelaskan kedudukan duit syiling ini kerana kurang arif, apa yang penting perkongsian pendapat diperlukan terutama bagi mereka yang lebih memahami.
      Terima kasih sekali lagi.
      ** Koleksi esoknya lebih gempar….!

  2. Hi duacongkak dan depankanta,
    Ya, kamipun ada syiling berbentuk lebih kurang spesimen yang dipaparkan di sini.
    Nampaknya ia dihimpit dengan sesuatu perkakas selepas ditempa dan bukan akibat proses penempaan.
    Kami pernah menemui duit jenis ini dijual sebagai duit syling error dengan harga yang agak tinggi juga.
    Harap berhati-hati🙂

    • TQ whycollect yang sudi beri pandangan. Apa yang whycollect perkatakan itu duacongkak seperti setuju juga kerana tidak mungkin berlaku ketika ditempa tapi lebih mirip pada kejadian selepas ditempa. Berkemungkinan syiling ini juga asal dari kilang ketika proses pengiraan dalam mesyin. Mungkin situasi syiling ini masih panas dan lembut lalu terhimpit maka terjadi sedemikian rupa. Sekiranya dalam keadaan sejuk dan keras tidak mungkin terjadi begini sekali pun terhimpit dengan benda yang berat. Ini kerana keadaan syiling tanpa lekuk, cuma lebih tipis dan ukuran lilitnya juga agak lebar. Jika hendak ditakrif sebagai error duacongkak sendiri pun tidak berani kecuali mereka yang pakar saja boleh menilainya.

      Apa pun duacongkak amat berbesar hati dengan perkongsian ini juga peringatan yang diberikan….TQ

  3. sebenarnya…duit syiling 20sen yg diketuk(rosak) jika digunakan ke telepon awam…. nilainya jd rm1… tp telepon awam dulu2 la… skrg TM dah tau bnda ni…lagi pun duit syiling rm1 dah xda…

    • betul pendapat di atas tu…duit ini diketuk ada sebabnya…ingat tak dulu tel awam yang menggunakan syiling..pada 1998-2000 tel ini boleh menggunakan yang syiling rm1 emas tu..jadi syiling 20 sen ini diketuk sama diameternya dng syiling rm1 emas tu. apabila digunakan pd tel awam ketika itu nilai syiling 20 sen yang diketuk itu menjadi nilai rm1 menyamai syiling rm1 emas tu….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s