Potong Belah

Jumpa sudah lama tapi baru hendak dipamirkan.

Sekeping syiling 10 sen siri ke dua ” Bunga Raya ” yang ditemui semasa berurusan dengan pembayaran bil di Bank Rakyat. Baki syiling yang diperolehi tidak disangka pula begini jadinya.

Lihat pada gambaran seolah olah syiling ini dilibas dengan senjata yang tajam. Hendak dikatakan puncanya sewaktu proses cetakan sama sekali tidak berani kerana duacongkak sendiri tidak mempunyai kepakaran tentang duit error. Apa saja yang ditemui agak pelik maka duacongkak akan kutip dan muatkan dalam blog supaya ramai para kolektor yang lebih arif menilai sendiri.

Cuba lihat pecahan dibawah.

   

Keretakan yang terjadi dibahagian kiri pada tulisan BANK dan juga lurah yang berlaku pada bibir syiling dan mencecah huruf ” A “. Seterusnya lihat pula keratan dibawah.

    

Jelas sekali kita dapat lihat belahan pada tengah tengah muka syiling ini, kecacatannya bermula dari atas iaitu bahagian seperti gambar keratan kedua diatas dan membelah hingga ke huruf ” S “. Bagi gambar yang keempat pula keadaan muka syiling diatas angka ” 11 ” dan juga bibir syiling dimana ianya bermula dari bahagian seperti gambar keratan yang pertama. Jika ditoreh tanpa putus sepertinya potongan ini dalam bentuk ” X “.

Kita lihat pula bahagian hadapan syiling keluaran Tahun 2011 ini. Hanya bahagian tepi sebelah kanan saja nampak ketara cacatnya dan bahagian atas hanya bonjol sedikit.

Inilah bahagian yang dimaksudkan.

Seterusnya lihat bahagian sisi…

Kedudukan gambaran yang terbelah dengan mempamirkan sama congkaknya. Cuba perhatikan bahagian kiri belahan yang hampir dengan jari, kelihatan seperti bucu bibir merekah. Lihat dengan mata kasar keadaan ini tidak ketara tapi bila duacongkak ambil gambar baru perasan.

Saja dekatkan lagi supaya mudah dilihat. Rasanya kalau sendiri mahu lakukan semua ini mungkin sukar juga, hanya yang ada kesenian pertukangan mungkin boleh…

Apa pun simpannnnn…dulu.

2 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s