Nilai ku tetap 10 sen

Entah mengapa diri ku tergarit.

   

Dua keping syiling 10 sen untuk tahun 2002. Contoh pertama syiling seperti diatas dapat kita lihat, betapa teruknya rupa bentuk duit syiling ini. Tidak pasti punca kejadian samada berpunca sewaktu duit ini dicetak atau pun terjadi disebabkan oleh geseran pada bahagian keras dan menggerutu. Sekali pandang sudah tentu jawapannya pasti syiling ini terjadi disebabkan ‘ lenyek ‘. Contohnya duit syiling ini berada diatas jalan raya dan dilenyek oleh tayar kereta atau lori. Ada kemungkinannya tapi, dibahagian tepinya pula atas sebab apa?

Lihat keratan dibawah.

  

Bila lihat keadaan ini duacongkak tidak berani membuat kesimpulan.

Lihat pula syiling 10 sen 2002 yang kedua dibawah ini.

   

Duit syiling ini pula berbeza kecacatannya dari yang pertama. Bahagian kedua dua mukanya menggerutu dan berlubang lubang berbanding yang pertama lebih kepada ” GARIT “ atau calar balar. Istilah error duacongkak tidak berani jelaskan kerana takut terjadi disebabkan oleh ” Tangan tangan yang Gatal “.

Berbeza pula dengan foto dibawah untuk syiling 10 sen yang dikeluarkan pada tahun 1999. Perkara ini mungkin terjadi disebabkan proses tempaannya yang agak lemah. Bila kita lihat setiap permukaan depan dan belakang amat berbeza dengan duit syiling yang biasa kita lihat. Permukaan menggerutu halus dan dibahagian muka depannya terdabat garisan garisan halus disudut jam 1.

   

Untuk lihat dengan jelas cuba lihat bahagian keratannya.

   

Ini adalah keratan bahagian depan syiling 10 sen 1999.

Untuk lebih jelas klik saja pada gambar.

Bagi duacongkak tiada penjelasan cuma sekadar suka suka kumpul dan pamir.

Apa pun simpannnnn…dulu. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s