10sen 1980 extra dot

Ujian tangan gigil.

Salam sejahtera kepada semua pengunjung. Tajuk besar diatas 10 sen 1980 extra dot ditampilkan sebagai perkenalan pertama dalam ujian tangan gigil untuk mendapatkan gambaran jelas gambar menggunakan kamera. Tanpa sebarang kursus mahu pun teknik pembelajaran untuk mengambil gambar menggunakan Kamera Nikon, dengan itu sebarang bentuk atau paparan gambar ini dan gambar gambar seterusnya, janganlah dijadikan bahan kajian sebab…duacongkak akan belajar terus belajar untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik. Seumur hidup inilah gambar pertama diambil dengan menggunakan Kamera yang agak canggih dalam hidup duacongkak. Sewaktu zaman kamera yang menggunakan  Filem Negatif pun duacongkak tidak pernah miliki, oleh kerana blog punya pasal, barulah tergerak hati untuk memiliki Kamera semewah ini.

Berbalik pada tajuk diatas, duacongkak muatkan duit syiling edisi pertama Parlimen dengan nilai muka 10 sen bagi tahun 1980 yang dikeluarkan sebanyak 51,797,393 keping.

Muka depan siri keluaran 1 bagi tahun 1980 yang hendak dipaparkan seperti tajuk.

Lihat pula muka belakangnya…

Cuba lihat pada garisan anak panah penunjuk imej. Kelihatan metal yang timbul di bahagian angka ‘ 0 ‘ untuk 10 sen 1980. Biasa yang kita dengar dan lihat adalah 50sen 1979 dan 1988 yang ada extra dot, tapi bagi keluaran lainnya belum didaftarkan oleh pakar pakar numis sekalipun terdapat banyak syiling lainnya yang juga mempunyai ‘ Extra Dot ‘. Salah satunya duit syiling ini yang baru pertama kali dikeluarkan dan dilihat adanya extra metal sepeti extra dot. Mungkin ada diantara ahli numis lain yang lebih arif atau setidaknya yang pernah lihat atau yang ada miliki simpanan duit seperti ini dapat tampil untuk kita berkongsi pendapat.

 

Keratan pada imej Extra Dot yang dimaksudkan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Advertisements

4 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Tahniah atas foto imej yang jelas sekali,kalau percubaan pertama dah dapat foto yg cantik begini tentu akan datang tak ada lagi error yg terlepas dari lensa kamera duacongkak..haha
    Berbalik pada syiling tu,memang sukar dijumpai “dot”terjadi pada bahagian belakang syiling,kebanyakan yg lain terjadi pada bah.muka ..kelihatan cantik spt permata cincin,mungkin die chip atau die gouge error..mungkin juga disebabkan bubble gas..nanti pakar2 numis kita buat pengesahan…
    Terima kasih banyak2 duacongkak

    • Salam kembali…
      depankanta…bro punya syiling error lg menarik, bukan saja sukar ditemui
      malah, foto juga terbaik…jelas dan kemas. Bagi duacongkak entah bila
      boleh dapatkan foto terbaik lum tau lg.
      Lagi 1 minta maaf la…baru2 nie ada juga buat komen dlm N3 depankanta
      tp telah berusaha beberapa kali untuk dihantar dapati gagal…tak tau apa
      sebabnya…

  2. maaf join korang….saya pun ada duit syiling 10 sen 1982 yang ada ”dot” kat bahagian blakang….betul2 dibawah hurup nombor 1….buat masa nie saya masih simpan lagi….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s