Estray ( 1 )

Katakan Tak Nak…?

Cogan kata bagi kempen tak nak merokok yang pernah menghiasi jalan jalan di seluruh Malaysia. Bagi perokok tegar macam duacongkak, apa kempen pun dah tak masuk lagi. Bermula dari tahun 1979 sebaik saja setahun selepas tamat sekolah, sudah mula berjinak jinak dengan rokok. Maksudnya sudah mula pandai beli rokok dan hisap ssembunyi sembunyi.

Masa zaman persekolahan cuma pandai menghisap waktu ada kenduri kendara saja. Bermula dengan rokok daun, lepas tu sekali sekali curi hisap rokok sigeret ( kata orang dulu dulu ). Paling popular masa tu  adalah ” Rokok Tembak ” atau lebih dikenali Rough Rider. Kadang kadang pekena rokok Gold Leaf. ( Gelombang Ombak Laut Dalam, Lantaran Engkau Aku Frust ). Nak ada klass sikit pekena rokok 555 atau Rothmans. (Ramai Orang Telah Hancur Musnah Akibat Nafsu Syaitan) Cogan kata yang diberi waktu itu. Ada juga kawan kawan yang hisap rokok Ardath. (Aku Rela Duit Aku Terbakar Hangus ). Tak pun rokok Pall Mall…hehe ( Peluk Abang Lama Lama Membuat Abang Lemah Longlai ). Double Ace tak main sebab kebanyakan rumah kenduri tidak guna rokok tersebut untuk ” REWANG “. Tak tahu apa sebabnya.

Bila sudah mula kerja dan pandai cari duit sendiri ( kerja kilang ), duacongkak hisap rokok Benson & Hadges pula. ( Maaf, kata kata dalam ejaan agak sensitif ). Kira lama juga bermula dari tahun 1980 hingga hujung tahun 1982. Masuk tahun 1983 bila masuk kerja GOMEN, duacongkak beralih pula dengan Peter Stuyvesent kotak lembut. Hanya tinggal kenangan saja kerana sekarang tak hisap rokok tu lagi. ( Dah berbalik pada rokok Benson & Hedges ).

Kerana kenangan itu juga maka duacongkak nak tunjukkan estray rokok yang dimaksudkan tapi bukan dapat waktu zaman tengah ketagih dengan rokok PS.

 

 

Sebiji Estray yang masih belum pernah digunakan lagi sebagai koleksi peribadi.

” JANGAN MEROKOK BAGI MEREKA YANG BELUM PERNAH MEROKOK “

MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.

Apa pun simpannnnn dulu.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s