RM 1 Terawal dan Terkini

Walau pun tak lawa tapi simpan lah juga…

 

Prefix A A  8 0 0 2 2 2 0

Note RM 1 dengan Prefix keluaran pertama dengan tema WAWASAN 2020. Sayang sekali nombor sirinya yang empat angka akhir tidak pula 2020.

 

Prefix A Z  3 7 9 5 3 8 5

Bagi prefix ini pula adalah yang terakhir untuk siri A dan seterusnya diikuti siri BA hingga BZ, begitulah dengan turutan yang seterusnya CA hingga CZ…hinggalah Prefix yang terakhir dalam dua abjad iaitu YA hingga YZ.

Tapi jangan salah faham pula…selepas siri YZ berakhir BNM keluarkan pula siri Z yang bukan dari golongan DUIT GANTIAN. Prefixnya bermula dari ZG hingga ZV.

( Siri duit gantian adalah ZA, ZB, ZC, ZD, ZE dan ZW )

Bila siri dua abjad berakhir timbul pula Prefix tiga abjad iaitu AAA hingga AAZ. Diikuti siri ABA hingga ABW. ( AAA adalah First Prefix dan ABW pula Last Prefix bersama duit gantian untuk siri ini adalah ZAA )

BNM keluarkan First Prefix sambungan dengan siri ABX xxxxxxx. Diantara siri ABW dan ABX perbezaannya pada Abjad dan Angka. Begitu juga dengan duit gantian untuk siri ABX dan seterusnya adalah ZAB xxxxxxx.

Dan yang terkini siri yang ada dan belum jumpa selepasnya adalah…

 

Dua keping note RM 1 dengan siri ADA dan ADB xxxxxxx

 

 Keratan dari Prefix terkini, setakat ini belum temui Prefix ADC xxxxxxx. Mungkin rakan rakan diluar sana sudah melihat atau terlihat atau juga sudah miliki tapi dibelanjakan, atau disimpan. Kemungkinan untuk siri duit ini akan berakhir kita belum tahu lagi, tapi dari apa yang sudah diwar warkan…BNM akan mengeluarkan siri duit terbaru dengan menukar corak kesemua siri yang ada kini. Bermakna bagi siri RM 1 untuk Last Prefixnya belum pasti apakah abjadnya nanti.

Jika dilihat pada angka ADB 8 2 8 5 7 3 9, tidak mustahil prefixnya sekarang ADC atau pun ADD. Tapi dimana ya…?

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s