Error yang bukan error

Bila mendapat duit yang dikatakan ERROR, nampaknya kita harus berhati hati dan kena penuh ketelitian sebelum mengesahkan sesuatu itu dikatakan error.

Contohnya:

 

Gambar kedua adalah keratan dari gambar atas

 

Sekeping note RM 10 yang diperolehi hasil semakan rutin dari jualan harian isteri. Pada angka ‘ 9 ‘ kelihatan berlaku sedikit kecacatan dengan hilangnya ink. Pada mulanya duacongkak merasa gembira bila memperolehi duit sebegini kerana minat pada duit duit error walau pun keadaan duitnya sudah agak lemah, (berkedut seribu). Bila diteliti betul betul rupanya nombor tersebut terhakis akibat sesuatu yang dibuat buat.

Mari lihat bahagian depannya pula.

 

Lihat pada benang keselamatan bahagian tepi duit ini. Bahagian tengahnya sudah tiada lagi dan hanya tinggal bahagian atas dan bawah. ” Kenapa boleh jadi begini…? ”  Jawapannya amat mudah, sebenarnya duit ini mengalami kerosakan disebabkan oleh mesin basuh pakaian. Mungkin yang ampunya asal tidak perasan duit ada dalam kocek seluar atau baju dan terus dimasukkan dalam mesin basuh. Akibatnya ada bahagian bahagian yang turut rosak dan timah nipis terkopek. Fakta ini berpandukan pada keadaan duit yang berkedut seribu akibat dari putaran mesin basuh serta proses perahan pakaian. Walau bagaimana pun wang kertas Malaysia boleh dipuji kerana, kertasnya berkualiti dan tidak mengalami kehancuran sebagai mana kertas biasa. Dengan itu tuan yang ampunya asal dapat berbelanja dan lepas dari tangannya yang bimbang takut takut wang kertas ini tidak laku lagi.

Sekiranya terjumpa atau wang anda terjadi begini, lebih baik pergi tukar ke bank untuk dilupuskan. Kalau malas hendak tukar di bank maka buat belanja saja dan lama kelamaan akan sampai ke bank juga…

Apa pun tiba masa duit ni akan belayar juga….

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s