20 sen 1968

Pertemuan sekeping syiling 20 sen 1968 yang cacat kecil.

Semakin banyak syiling syiling cacat muncul bila beberapa blog tempatan memaparkan edisi dalam simpanan mereka untuk dikongsi oleh penggemarnya. Pelbagai bentuk error kita boleh lihat dan ada diantaranya menarik bila Error nampak jelas dan terang dan ada juga jenis error yang terlalu sulit untuk dilihat dengan mata kasar.

Hobi ini betul betul memerlukan kesabaran yang tinggi kerana terlalu banyak perlu diselongkar untuk mendapatkan sesuatu yang boleh dikatogorikan cacat. Setakat ini bagi duit duit error belum nampak penghasilannya lagi kerana peminatnya masih belum dan mendapat perhatian ramai seperti pengumpul duit biasa. Malah bagi duit error juga masih belum ada sebarang panduan dari mana mana buku/katalog untuk dirujuk sebagai mana buku/katalog numis yang lengkap dengan sejarah wang/duit lama Malaya-Malaysia. Mudah mudahan suatu hari nanti ada penulis dan penerbit yang sudi mengeluarkan buku/katalog berkaitan duit error/cacat terutama berkaitan wang Malaysia dipasaran agar mudah untuk dibuat rujukan serta lebih memahami jenis jenis error tanpa rasa ragu ragu. Mujurlah ada beberapa blog tempatan yang dapat dibuat rujukan terutama mereka yang mahir dan fasih dalam bahasa numistik berbandiang blog duacongkak yang masih banyak perlu dipelajari. Terima kasih semua rakan rakan blog yang banyak beri panduan untuk di rujuk serta, mendapat komen yang berguna kepada sesiapa saja terutama bagi diri duacongkak sendiri.

Berbalik semula dengan tajuk diatas berkaitan syiling 20 sen 1968.

 

 

 Syiling 20 sen 1968 ini kita dapat lihat dengan jelas kecacatan yang terjadi pada bahagian bumbung Parlimennya. Jika diteliti kerosakan yang terjadi bagaikan diketuk orang tapi, bila diamati betul betul, kesan kerosakan hanya terjadi pada bahagian bumbung dan tidak pula terjejas dibahagian lain terutama bahagian muka syiling ini. Mustahil boleh terjadi kerosakan pada satu bahagian dan satu bahagian lagi langsung tidak terguris. Apa pun keadaannya duacongkak lebih suka kumpul dan simpan dulu untuk dijadikan koleksi hingga suatu hari nanti dapat mengenali jenis kerosakan tersebut.

Apa pun simpannnnn…dulu.

2 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Depankanta sependapat dgn duacongkak bahawa perlunya satu buku panduan yang mengandungi penulisan berkaitan syiling error ini.Kalau rajin melayari internet memang kita akan jumpai berbagai tulisan berkaitan syiling error tapi belum ada yang dalam bahasa melayu dan keadaan error syiling Malaysia tidak semestinya sama dengan syiling2 error luar negara..Harap-harap sudah ada pakar-pakar Numismatik kita yang yg sudah ambil inisiatif kearah ini.
    Terima kasih banyak-banyak duacongkak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s