50sen 1992 ME

EMBUN MENITIS

Kembar dalam satu ERROR untuk syiling 50 sen 1992.

Selain dari Syiling 50 sen yang ada EXTRA DOT untuk tahun 1979 dan 1988, rupanya masih ada syiling yang ERRORnya sama untuk diketengahkan. Semoga apa yang duacongkak keluarkan ini dapat beri petunjuk agar rakan rakan yang lain turut sama mendapatkan koleksi ini yang ternyata ERRORnya terjadi sewaktu proses tempaan dilakukan.

Sebagai mana syiling EXTRA DOT yang amat sukar untuk ditemui, ternyata syiling tahun 1992 ini juga sukar untuk dijadikan koleksi. Duacongkak sengaja letakkan tajuk EMBUN MENITIS kerana kedudukannya dan sebagai ingatan kepada duacongkak sendiri.

 

 

Kembar seiras yang sengaja diasingkan dengan satu diluar dan satu lagi dalam packing bagi tujuan elak tanggapan negatif. Almaklumlah, komputer boleh melakukan berbagai cara untuk membanyakkan gambar yang satu kepada bilangan dikehendaki.

 

 

Syiling pertama dengan petunjuk COIN 1 ditemui pada Tahun 2010.

Lihat dibawah kelopak bunga raya pada syiling 50 sen ini, terdapat EXTRA METAL diantara dua kelopak tersebut yang bagai air menitis. Pada mulanya duacongkak simpan kerana ada sedikit kelainan diantara syiling lain untuk tahun yang sama. Malah syiling ini pun pernah duacongkak scan untuk dimuatkan dalam blog untuk dikongsi bersama tapi disebabkan gambarnya tidak menjadi, segala hasrat untuk dimuatkan dalam blog terhenti. Akhirnya duacongkak terlupa begitu saja dan tersimpan dalam tabung coin yang bercampur campur hingga tidak pernah diambil peduli lagi.

 

 

Syiling ke dua dengan petunjuk COIN 2

Pada bulan Mei 2011 tiba tiba muncul sekeping lagi syiling 1992 dan terus packing supaya tidak terlupa atau pun bercampur dengan syiling lain. Mula lah tugas menyelongkar yang lama untuk digandingkan dengan yang baru ditemui (upah orang baru dapat…hehe..). Cuba lihat pada kedudukan lebihan metal dalam bulatan, ianya terletak pada tempat yang sama dengan imej COIN 1. Gambar kurang jelas disebabkan ada lapisan plastik pada syiling ini. Sebenarnya bentuk dan ukurannya adalah sama saja seperti dalam satu acuan.

Semoga dengan apa yang duacongkak pemirkan ini dapat dikongsi bersama oleh rakan rakan yang lain dalam usaha mencari dan menambahkan koleksi yang ada. Kalau sekeping tak hairan tapi bila sudah berkembar bermakna pasti banyak lagi diluar sana yang belum di temui oleh para pengumpul coin error.

(Pinang 20 sen berkembar belum ditemui lagi…)

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s