” Duacongkak “

Jauh berjalan luas pandangan, habis berjalan kaki pun penat, duacongkak kembali sebagai kenangan, duit yang error menjadi minat.

Zaman sekarang berjalan sudah tak sesuai, pengangkutan banyak pelbagai jenis, duit error duacongkak baru sampai, jangan pula ada yang senyum sinis.

Kereta, bas, taksi dan lori, pilih saja mana yang suka, dulu sudah keluar kini keluarkan lagi, tujuan diabadikan sebagai pusaka.

Jika dipilih biarlah kereta, senang bergerak kesana sini, syiling 2005 sudah pun di cerita, 2006 pula yang muncul kini.

Mudahnya bergerak tanpa halangan, sehingga puas barulah balik, syiling ini selari satu pandangan, tiada bezanya janganlah pelik.

Setiba dirumah terasa lepak, penat memandu seorang diri, kita lihat pula dibahagian congkak, kedua daunya sama duduk selari.

 

Hmm…sesuatu yang tidak diduga sama sekali…bila syiling tahun 2006 muncul dan digandingkan pula dengan tahun 2005, terasa cukup sesuai dengan nama blog ini diletakkan iaitu ” duacongkak “.  Untuk mendapatkan satu amat sukar, inikan pula dua  dengan tahun yang berlainan. Apakah ada rahsia disebalik rahsia tersimpan oleh BNM?

Duacongkak ingin beri pandangan saja…jangan percaya sudahlaa…

Apakah duit ini sengaja dikeluarkan dalam kedudukan ini sebagai satu penanda…mana tahu…kemungkinan amat banyak, duit ini sebagai tanda syiling yang pertama sekali dicetak dalam tahun tersebut ker…! atau sebagai penanda cetakan yang ke 10 ribu atau 100 ribu ker…atau mungkin sebagai penanda yang terakhir dicetak dan diedarkan ker…!

Harap semua jangan percaya pada pandangan duacongkak ini. Sebelum orang kata biarlah duacongkak jawab dulu, ” PANDANGAN BODOH ” tak lucu pun…

Apa pun barangannya sudah berada ditangan duacongkak. Tidak perlu buat kajian.

Yang penting…

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

 

2 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s