” Ketumbit “

Tiang bendera tiga batang, Bendera Malaysia duduk di tengah, diiringi ucapan selamat datang, kepada pengunjung yang baru singgah.

Bendera dikibar mengikut waktu, bukan dibiar hingga ke malam, edisi dikeluar tidak menentu, duit, setem dan gelas bersulam sulam.

Bila hujan jangan dibiar, sebagai penghormatan kepada Negara, kali ini apa yang hendak disiar, pastilah duit yang dibicara.

Bendera basah jangan dilipat, sidai saja diampai tali, syiling ini lama dah dapat, cuma gilirannya lambat sekali.

Sidai di ampai gunakan sepit, supaya tidak diterbangkan angin, saja suka suka gelar ketumbit, sebab errornya lain dari yang lain.

  

 

Sekeping syiling 5 sen yang ditempa pada tahun 2007. Apa maksud ketumbit? Perkataan ketumbit adalah sesuatu penyakit yang hinggap dibahagian mata manusia, kebiasaannya terkena pada kelopak mata. Kata orang tua tua, ketumbit terjadi kerana mengintai anak dara orang mandi…betul ker…? Tu pepatah orang tua tua yang kata, entah betul atau tidak belum pasti tapi setiap kali ketumbit naik dimata, itulah yang disebut orang. Tapi duit syiling ini mana ketumbitnya?

 

Lihat keratan gambar ini. Pada bahagian cetakan tahun 2007, angka ” 0 ” terdapat lebihan metal yang menempel didalamnya hingga tertutup. Sebenarnya bukan pada duit syiling 5 sen ini saja yang ada extra metal seperti ini. Ada lagi syiling lain dalam simpanan punyai extra metal (ketumbit). Terutama pada angka ‘ 9 ‘ pada syiling 5 sen dan 10 sen. Kalau tak percaya cuba cari atau nak minta duacongkak keluarkan…Insyaallah, kalau ada permintaan akan diterbitkan dilain masa. Layan dulu 5 sen ini.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s