Syiling 50 sen 1988

Bila lihat 50 sen 1988 pasti ramai yang menyangkakan keluaran EXTRA DOT sebab cukup terkenal dengan dotnya yang dicari oleh para kolektor.

Untuk entry kali ini bukan pasal DOT tapi ada sesuatu yang hendak dibincangkan. Kalau tak suka tak payah bincang la…apa pun duacongkak lebih suka tonjolkan juga memandangkan ianya ada sedikit kelainan daripada syiling keluaran tahun yang sama. Untuk pengetahuan semua, duacongkak memiliki syiling 50 sen 1988 tanpa extra dot melebihi dari 50 keping kesemuanya. Dari bilangan yang banyak itu terdapat dua keping saja yang ada EXTRA DOT (sudah ada dalam blog ini) dan tiga lagi yang akan dikeluarkan. JOM TENGUK.

 

Satu dari tiga keping sebagai tanda syiling keluaran tahun 1988.

 

Tiga keping syiling tahun 1988 edisi Parlimen. Apa yang nak dibincangkan…jom tenguk lagi gambar seterusnya. (Syiling ini tanpa EXTRA DOT)

  

Pada keratan gambar Parlimen dari duit syiling ini kita dapat lihat extra metal pada bahagian anak panah. Untuk makluman semua, extra metal ini adalah sama tempat dengan dua lagi syiling tersebut. Banyak banyak syiling 1988 hanya tiga ini saja yang ada kelainan, dua keping bentuk extra yang sama dan satu lagi seperti gambar dibawah. Apakah ianya berlaku semasa tempaan dibuat atau ada pendapat lain?

  

Ini pula gambar keratan yang ketiga dimana extra metal hanya dibahagian tepi saja. Lepas ni cuba dapatkan syiling 50 sen 1988 dan cari bentuk yang sama dengan syiling ini. Mungkin diantara kolektor sudah ada atau terperasan dengan duit ini cuma tidak dikeluarkan untuk tontonan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

4 Comments

    • Terima kasih kerana sudi melawat blog ini dan kunjungan seterusnya dialu2kan. Untuk jawapan pertanyaan saudara sy tdk dapat beri jawapan yg tepat kerana jenis jenis duit error selalunya tiada nilai khusus seperti extra dot atau key date. Saudara boleh simpan dulu kerana ketika ini syiling error/cacat sudah mendpt tempat dihati para kolektor. Insyaallah satu hari nanti akan diburu oleh para kolektor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s