Gelas Kaca ( Mirinda )

 

Gelas Kaca Mirinda.

 

Gelas ini dipercayai keluaran awal/pertengahan tahun 1970an berpandukan dengan pertemuan tanpa diduga dalam sekumpulan gelas dari lubang sampah. Apa pun duacongkak minta maaf kerana gambarnya kurang jelas dan kelihatan kabur. Ini kerana pengambilan gambar gunakan kamera handphone dalam keadaan tangan goyang. ( Myu_Chi kacau ).

Selain dari itu pada bahagian bawah gelas (tapak gelas) pula, simbol crown KING jadi petunjuk menguatkan pendapat. Sekiranya tidak betul kepada otai otai harap dapat maafkan info yang diberi. Kalau boleh perbetulkan semoga semua pembaca berpuas hati. Almaklumlah, pengetahuan duacongkak amat cetek berkaitan koleksi dan ilmu botologi termasuk gelas kaca. Panduan lain iaitu gelas ini ada diantaranya dibungkus dengan surat khabar cina tahun 70an bagi mengelak ianya pecah atau rosak.

 

Lihat pada bahagian anak panah merah, ia menunjukkan bentuk Crown yang dimaksudkan. Dalam istilah setem zaman British, bentuk crown ini di panggil ” FIVE- POINTED CROWN “. Memandai pulak duacongkak letakkan nama. Hehhee!!

Setelah dibersihkan dengan merendam dalam air sabun, segala kekotoran tanah dan juga kertas pembalut hilang dan boleh digunakan untuk buat hidangan…

Apapun simpannnnn…dulu!!

 

2 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s